Friday, December 6, 2019

Review Ejen Ali The Movie



Hari rabu malam khamis (4/11/09) kelmarin sempatlah bawa anak3 gi tengok wayang Ejen Ali The Movie di Aeon Kulai. Sebenarnya nak tgk kat MBO U Mall ni je, tapi penuh pula. Kat Aeon ni pun banyak tayangan yang dah hampir penuh. Ada seat2 depan je. Last2 kami ambil tayangan jam 8:20 malam punya, tu pun dapat seat 6 baris dari depan. Tak pe lah, janji anak3 seronok tengok movie ni.


First time Daim masuk panggung wayang ni. Hopefully juga sebelum dia masuk tu, dia baik2 aje kat dalam tu. Tapi saya memang yakin yang Daim takkan takut punya kat dalam tu. Bayangkan lah, masa mula2 masuk nak cari seat kan gelap je semua, boleh pula Daim cakap " rumah hantu ke ni?"...haha...tak takut langsung dia..

So ni review jujur saya..

Saya bagi 5 bintang!
Jujurnya saya tak pernah ikuti siri Ejen Ali ni kat TV, tapi memang tahulah kewujudan Ejen Ali kat TV ni sebab Daim dan Ayyunie memang suka tengok pun, tapi plot cerita movie ni senang kita nak faham. Yang pasti Plot Cerita Ejen perisikan persis antarabangsa ni memang terbaik. Macam tengok cerita English, tapi dalam bahasa Melayu. Memang best lah aksi2 dalam movie ni. Tak sempat nak pandang kiri kanan sebab setiap jalan cerita dalam ni memang WOW! Yang paling tak boleh Move On adalah lagu "Mamak Maju" tu, sampai sekarang pun masih tergiang2 kat dalam kepala ni..haha
Pergilah tengok, korang pasti takkan menyesal dan berbangga dengan hasil produk Malaysia ni.

Daim pula sangat2 enjoy kat dalam tu.Time kelakar dia ketawa, time ada lagu2 rancak, dia joget2 kat seat, time sedih, dia fokus je diam tengok, time aksi2 dia dah start dah buat aksi gaya ejen dia sendiri kat seat tu. Cuma kadang2 time aksi kan sound kuat sangat, dia pun mulalah tutup telinga dia pastu cakap "bising, bising lah ibu"...

OVERALL memang TERBAIK!




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: