Hipster kemain cafe2 dalam Universiti ya sekarang.
Jauh berubah dah wajah Arked Meranti UTM ni..
Tempat hari2 lalu dari Kolej Tun Fatimah ke Fakulti masa study Master dulu..
Harini lepas bayar yuran dan settled urusan tadika Daim, terus ajak ayah Damia try minum coffee kat sini.
Memang harmoni suasananya..
Sibuk je Daim nak photobomb!
Kerlasss budak2 U sekarang..
Lepak dan buat assignment dalam cafe hipster gitewww..
Aneka pilihan kek..
Kebanyakan kek rata2 harga RM9.90/slice.
Daim macam biasa..
Kalau order makanan western, spagetti carbonara pilihan dia.
Habis sepinggan ko makan nak!
Tanya adik kat kaunter tu, apa yang paling special minuman coffee kat sini..
Dia jawab Caramello Cappucino..
So kita try..
Not bad lah rasanya, tapi manis sikit lah..
Chocolate Croissant..
Yang ni padu..
Meleleh coklat cairnya..
Kena makan dengan sudu garfu baru nampak sopan sikit..
Kalau tak meleleh ke dagu coklatnya...
Harga macam mana?
Harga student ke?
Biasalah kalau dah nama ala2 hipster kan..
Harga pun standard hipster lah..Tapi still mampu kot sebab kebanyakan air coffee dia memang bawah RM10.
Tapi kalau nasi2 campur kat luar cafe ni, harga still harga student.
Btw Bistro (ala mamak) 23 jam pun ada kat Arked Meranti ni.
Coming Soon Tea Live pula akan dibuka.
Sememangnya untuk kemudahan pelajar dan kelestarian kampus katanya.
Nanti kita datang lagi bawa kakak2 pula try makan sini ya..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::