Thursday, June 20, 2019

Resepi laksam dan kuah


Ayyunie tak leh move on..
Makan laksam sedap sangat kat kg masa raya aritu..
2-3 hari dah suruh ibu buat laksam.. .
Ibunya malas nak mengukus & menggulung..

Tapi sebab kelmarin diaorg tak ada tuisyen dan willing nak uruskan bab mengukus dan menggulung, ibu berehhhh je buat kuah..
Maka terhasillah Laksam telur puyuh.
Pastu Ayyunie kata "pelik2 lah ibu ni, laksam pun ada telur puyuh".

Shut up! Nak makan laksam ke tak? Kang tak bagi makan baru tau.. Haha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..



Resepi Laksam:

500g (1 paket) tepung beras
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
3 sudu besar minyak masak
10 cawan air

Cara membuatnya:

Kacau sebati semua bahan2 diatas. 
Kemudian tapiskan.
Panaskan pengukus. 
Masukkan 2 senduk bancuhan tepung dalam bekas/penutup periuk. 
Kukus dalam 3-4 minit/naik gelembung2. 
Angkat dan biarkan sejuk sekejap. 
Baru gulung2. 
Jangan gulung2 time panas nanti tak cantik kejadiannya.

Resepi kuah ikan:

Ikan selayang direbus dalam 6 ekor saiz sederhana. 
1 kotak santan 200ml.
6 ulas bawang merah saiz sederhana. *
2 ulas bawang putih.*
1 inci halia. *
1 sudu besar Lada hitam. *
5-6 keping asam jawa. 
Garam, gula & perasa. 

Cara membuatnya:

Blendkan bersama isi ikan selayang yang direbus bersama bahan2 bertanda *. 
Masukkan dalam periuk. 
Masukkan santan dan asam keping. 
Sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul. 
Dah hampir mendidih, masukkan garam, gula dan perasa. 
Siap! 


Laksam sedap dimakan bersama ulam2 seperti hirisan timun, daun kesom, bunga kantan, kacang panjang dan tauge segar. Lagi sedap dimakan dengan sambal beserta belacan tu. 

Tapi nak lagi power, try lah makan dengan telur burung puyuh juga. 
Ada yang bagitau, letak serunding pun best. 
Saya dah cuba, memang best! 
Tak pelik pun rasanya. 
Tapi kalau tak suka, makan laksam dan kuah saja pun dan sedap.. 


Jenuh Aleesya & Ayyunie menggulung ya. 
Katanya 1 jam, alahai sikit je dapat gulungan laksam tu. Hihi.. 
Baru tau kan! 

Selamat mencuba uolss.. 




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: