Tuesday, May 14, 2019

Kek Butter Air Fryer




Dulu mindset saya Air Fryer ni khas untuk Grill, Bakar2 atau goreng tanpa minyak je.

Tapi sejak nampak ada orang buat cupcake guna Air Fryer, wahhh kagum jap.

So semalam first time buat kek butter guna Air Fryer. 
Rasa sama je sedapppppnya macam bakar dalam oven tu, cuma kelemahannya space kecil je.. 

Ni saya buat 250g tepung butter kek utk 4-5 orang makan. Ok lah utk family kecil kami.
.
Happy watching uolsss...


Ni adunan yang telah siap diselang selikan dalam loyang.
Tapi loyang kecil lah pula.
Selagi boleh bubuh dalam loyang, betul2 saya bubuh ni hah.
Kes malas nak cari simpan mana loyang yang besar sikit.
Sudahnya merekah2 dan membesar dengan yakmat keknya.

Korang jangan tiru aksi ni ya.
Sila bagi ruang sikit kat adunan dalam loyang tu supaya membesar dengan jaya dan cantiknya.


Tarik keluar kejap nak intai2 tengok apa jadi dalam tu. 
Excited weiii tengok menjadiii..
Lepas tu masukkan balik..


Ni lah hasilnya..
Agak kering diluar tapi lembut didalam.
So lepas ni kalau uolss nak buat, boleh try 15 minit dulu supaya tak overcooked dan kering.

Walaupun rupamu bukan main lagi membesar dan membuncit dengan jayanya, tapi rasamu tetap menjadi pujaan.

Lagipun yang garing dan kering2 kat luat lur boleh je makan..
Sedap apa..


Ni hasil selepas dipotong2.
Cantiklah bagi saya yang jarang2 buat kek ni..
Lembut gebu je kat dalam.
Rasa pandan, oren dan vanilla..
Tak muak pun makan.

Oh ya, mesti ada yang nak tanya resepi kan.
Btw saya beli instant tepung butter kek yang siap kat kedai bakery. 
Pastikan halal ya.
Lepas tu balik rumah just tambah esen vanilla, minyak, telur dan air je.
Then mix together dan bahagi2 kan kepada 3 warna.
Tu je, senang kan..

Bahan2 senang, cara memasak pun senang.


Bagi sesiapa yang nak cuba pelbagai menu dalam masakan dengan menggunakan Air Fryer, boleh lah join Group Resepi Air Fryer Malaysia kat FB ya.

InsyaAllah, banyak membantu tatkala kita buntu..
Terutama nak masak apa time berbuka dan sahur nanti.


p/s: Banyak lagi nak share resepi ni, boleh ke ..;-)

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: