Thursday, December 6, 2018

Bercuti ke Phuket II Day 1 yang mengujakan

Bercuti ke Phuket ni boleh dikatakan ad hoc punya planning juga lah..

Semuanya bermula dengan 11.11 2018 sale besar-besaran tu...
Sepatutnya nak klik Lazada, ntah cam mana terklik website Air Asia pula.

Sekali terpandang tiket ke Phuket cam ok je untuk masa yang singkat 2 minggu nak fly lagi..
So tak fikir panjang, terus beli. Dah beli baru cakap kat Ayah Damia..
Nasib baik dia pun On je..
Al maklumlah beberapa bulan dah busy dan penat dengan Edutour serta tempahan kan. 
So memang percutian ni umpama didamba2kan oleh kami..haha
Total harga tiket flight RM1349 untuk 5 beranak 
(Ya, ni first seat Daim sendiri, sebelum ni infant duduk atas riba kita je).

3 hari nak pergi Ayah Damia check in siap2, add on insurans dan meals untuk semua pergi balik. 
So add on lagi RM219.40..
So jumlah keseluruhan untuk Air Asia sahaja RM 1568.40.
Not bad harga tu untuk percutian kami sekeluarga.


Malamnya kan kami tidur di Empress Sepang Hotel, so jam 4:30 pagi kami pun bangun siap2 untuk tunggu shuttle hotel jam 5:30 pagi untuk ke KLIA. 
Btw shuttle kat hotel ni 1/2 jam sekali ya. Kena request dan buat bayaran di kaunter. 
RM12/sehala untuk seorang tak kira kanak2 atau dewasa. 
Manakala untuk Daim pula percuma. 

Kenapa kami nak naik shuttle hotel pula? 
Sebab kami parking kereta kat hotel ni je senang. RM 8/day..ya per day ok...
Murah sangat kan..Berbanding kalau parking kat KLIA RM40/day...
Dah pernah merasa beberapa kali bayar parking kat KLIA sampai RM300 lebih. 
So kalini bijak sikit buat keputusan cam ni. Haha...
Ramai je yang stay hotel ni naik shuttle ke KLIA..
Dalam gambar tu shuttle seterusnya kami sekeluarga sahaja naik sebab shuttle sebelum tu dah penuh.

Nak parking kat Salak Tinggi pun ok je naik KLIA Express terus ke KLIA, tapi macam susah pula awal2 pagi berhangkut barang dan buggy bagai walaupun kami semua hand carry je..


Jam 5:50 pagi kami sampai KLIA2..
Walaupun kami hand carry je dan dah check in siap2, tapi tetap kena ke kaunter document check untuk pemeriksaan juga. Pelik gi Krabi tak yah pun prosedur ni, gi Phuket dan beberapa bahagian di Thailand je kena ikut prosedur ni. Tapi memang tak ramai pun kat kaunter ni. Sekejap je check..


Lepas dah solat subuh, terus semua masuk menunggu kat area departure..
Daim dok perhati je areoplane tu ya..


Ok, muka excited dapat gi bercuti mala sikit..hihi


Dah ready nak masuk aeroplane..


Cuaca pagi tu hujan rintik2..
Berdoa macam2 dalam hati ni agar perjalanan flight ni selamat sampai dah dipermudahkan..


Flight tak naik lagi, Daim dah tidur..
Lepas tu tidur sepanjang 1 jam setengah punya perjalanan..
Memang syokk lah kami semua menikmati makanan..
Yang bahagian Daim kita tapaukan siap2...


Rukun Travel kena ada gambar cam ni...Eh ye ke? Haha..


Alhamdulillah...Selamat sampai ke Phuket Airport..
Cuaca kat Phuket tak hujan pun..
Anak2 pelik kita naik flight jam 7: 05 AM, sampai Phuket pula jam 7:40 AM...
Rupa2nya baru mereka tahu yang Thailand ni lambat 1 jam dari waktu Malaysia..


Turun je dari tangga flight, dah ada bus akan datang ambil kita dibawa ke Arrival Hall..
Pengalaman baru untuk anak2 ni..
Teruja mereka dapat naik bas dalam area ni..haha


Kami sebenarnya datang ke Phuket ni langsung tak ada itinerary.
Zero plan...kengkonon sampai kat Phuket nantilah baru plan nak pergi mana dan buat apa..
So first sekali sampai je airport sini, terus beli simcard..
Kemudian pergi ke kaunter taxi ambil taxi terus ke resort yang kami stay dulu..

Tapi tu lah perancangan Allah ni hebat..
Saya dan keluarga ditakdirkan naik kenderaan 7 seater secara percuma dari airport terus ke resort saya (pergi balik tau) oleh Anantara Vacation Club. Walaupun kami tak menginap kat Anantara Resort tu. Siap dapat vocher THB 4000 lagi bersamaan RM508 duit kita. Boleh guna untuk shopping, makan2 atau massage kat resorts tu. Ok bab ni kita buka entry baru nanti. For sure ramai nak tahu cam mana kami boleh nikmati semua tu kan..


Jauh juga perjalanan dari airport ke resort kami yang terletak di Patong beach..
Hampir 1 jam setengah juga lah sampai.

Sesampainya kami disini, terus dihidangkan dengan welcoming drinks ni..
Unik rasanya sebab campuran nenas + tembikai + mango..
Mula2 dengar campuran tu macam erkkk, lepas tu habis juga masing2..haha..


Sementara tunggu bilik siap..
Sepatutnya check in jam 2 petang kan..
Tapi sebab bilik dah ready, so jam 10 pagi kami dapat check in...
Hooray!


Sementara tunggu nak masuk bilik, suapkan Daim makan dulu..
Makanan atas flight tadi..
Habis dia makan..haha...ya lah orang makan dia tidur kan..


Yeayyy...buggy kami dah sampai..
Untuk pengetahuan, semua guest resort ni kena naik buggy ya..
Sebab semua bilik atas bukit..


Welcoming fruit yang menanti kehadiran kami..


Alhamdulillah..
Bilik sangat cantik.
Panorama luar lagilah cantik...
Syukur..
Eh orang dalam gambar pun cantik juga kan..hihi..

Yang ni pun nanti akan menyusul entry khas pasal resort terbaik yang kami stay ni ya..


Lepas dah mandi pool dalam bilik, Daim cakap lapar...lapar..
Padahal kita siap tapau lagi makanan dia tu..
Last2 room service je lah senang..
Tu pun ayah damia request macam2...
No meats, no eggs, no alcohol..bla bla bla..
Ayat last " I'm Muslim"...


Bersungguh betul lah Daim makan kuew tiaw goreng ni..
Habis sepinggan untuk dia seorang je..


Lepas makan, semua pakat2 rehat dan tidur dalam bilik..
Al maklumlah pagi tu kan bangun awal..


Nak jam 4, kami pun call buggy untuk ambil kami ke lobby..
Lepas tu naik shuttle resort pula untuk ke Patong beach dan Jungceylon Mall..
Kiranya pusat tumpuan pelancong lah tu..


Walaupun baru jam 4 lebih, kami decided makan dinner awal2 siap2 senang..
Restoran pilihan kami adalah restoran arab ni..
Tapi tetap ada Thai food juga..


Beberapa saya kat Phuket ni, memang asyik makan Nasi Goreng Nenas aje..
Sedapppp..


Mandy chicken..Pelikk tapi sedappppp..


Kebab ayam pun pelik...
Tapi semua ada rasa dan sedap lah..
Barulah travel kan namanya pabila kita dapat cuba dan makan makanan negara mereka..


Roti Garlic Naan..
Kureng sedappp...haha


Wefie 1 kali...


Berlambak Restoran Arab dan Indian food kat sini..
Tapi hati2 sebab diaorg masih jual alkohol juga..
Ada tu pantang nampak kita bertudung..
Terus bagi salam "assalamualaikum"..
Bila tanya "you muslim"?
Rata2 jawab NO..
So hati2 ya semua..
Pendek kata kat Krabi lagi ramai muslim dari Phuket ni..



Thailand dan fresh fruit dan pancake tak dapat dipisahkan..
So MUST TRY!


Hobi ayah damia..
Kumpul t-shirt2 dari Hard Rock..
Tu Daim dan Ayah Damia sama2 buat gaya Ultraman..


Daim ada kawan lah kat dalam Hard Rock ni..
Hampir sama baya, beza 2 bulan sahaja..
Budak tu anak cashier atau may be bos Hard Rock ni rasanya..


Kalau pecah tu Daim, ibu ganti Daim pula duduk dalam tu ya Daim...haihh..tak leh duduk diam kat dalam ni..


Tu dia...siap bawa keluar mainan baru yang dia beli siap main dengan kawan baru lagi ya..
Kerlasss...main dalam Hard Rock koooo...haha


Haihhh...macam2 gayanya ko Daim...


Ok, kasi chance ibu ayah posing..
Kredit to Aleesya yang snap gambar ni...


Gambar last lepas siap shopping..


Sambil jalan, sambil survey2 pakej dan aktiviti apa yang nak dibuat, sambil tengok2 gelagat pelbagai ragam manusia, sambil makan nutella banana pancake ni..memang heaven..
Pastikan yang betul2 halal ya..


Jam 8 malam, kami tunggu pick up dari resort kat Jungceylon Mall ni..
Kami je naik yang 8 malam ni, orang lain may be naik yang 10 malam punya (last trip).
Kat sini juga nanti akan nampak banyak van2 atau shuttle2 dari hotel dan resort 5 bintang seperti Marriot, Novotel dan lain2 pick up guest hotel masing2..


Malam pertama..
Ayah layan Daim main pool sejuk2 hujan rintik2 tu ya..
Yang lain semua dah kepenatan nak rehat atas katil masing2..


Tapi the view sumpah terbaik..
Nak2 pula resort kami atas bukit kan..
Nampak pula ada beberapa cruise besar yang sedang berlabuh dengan lampu lip lap lip lap nya kat depan tu..
Fuhh panorama indah sungguh..

Dan malam itu, kami semua tidur tanpa tutup sliding door demi menghayati panorama indah serta udara yang segar dari atas bukit tu..

Syukur alhamdulillah dengan kenikmatan ini..

Habis cerita Day 1, cerita aktiviti kami day 2 lebih mengujakan...tunggu..
Post a Comment