Sunday, July 22, 2018

Resepi Siakap Kengsom Versi Tumis



Sebenarnya masak Siakap Kengsom ni lagi senang dari Siakap 3 rasa atau Siakap steam tau. 
Tak percaya? Cubalah!

Resepi Siakap Kengsom Versi Tumis

Bahan-bahan:

Bawang putih*
Bawang merah*
Serai*
Kunyit*
Halia*
Cili padi*
Cili besar*
Belacan*
(semua bahan2* diatas dikisar)

Ikan siakap
Cili boh
Gula merah
Air asam jawa
Kangkung
Kiub nenas
Garam dan perasa

Cara membuatnya:

1. Tumis sehingga naik bau semua bahan kisar.
2. Dah mendidih, masukkan sedikit cili boh.
3. Masukkan juga air asam jawa dan gula melaka.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Masukkan ikan siakap. Kaup balikkan kuah atas ikan dan tutup sekejap sehingga ikan masak.
6. Akhir sekali masukkan kangkung dan kiub nenas.
7. Tunggu sehingga kangkung layu dan boleh angkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment