Wednesday, June 20, 2018

Raya ke 4 di Tak Bai, Thailand


2nd time in Tak Bai, Thailand.. 
Dulu masuk secara halal dengan kereta ikut Golok, JJCM sampai ke Tak Bai.. Kalini masuk cara tak berapa nak halal, naik perahu hoyong hayang, tapi sampai juga ke destinasi. Macam naik perahu gi pasar Munduk tu.. 

Btw ada 4 cara nak ke Tak Bai ni:

1. Masuk secara sah dan kena cop passport dekat check point imigresen dan naik feri
2. Masuk secara sah dengan kereta (kereta atas feri) melalui feri di jeti
3. Masuk secara tak berapa nak sah naik perahu ada enjin
4. Ini rare. Kalau berani boleh berenang ke sempadan Tak Bai 😁. 

Banyak buah fresh2 dan sayur fresh2 kat sini. Sempat lah membeli beras wangi siam, beras nasi dagang, ikan bilis ala mata biru (murah weiii 1kg RM25 je), buah laici 1kg RM8 (manis leting), pes tom yam original Thai, nise kerek, durian (ni sedikit frust sebab banyak durian yang peram) dan macam2 lagi lah. Jangan lupa makan mee celup dan air gas fanta kat sini.

Oh ya, naik perahu RM3 sekepala..


Takut juga mula2 naik perahu goyang2 ni.. 
Dah duduk stabil, baru hilang takut.. 
Siap bagi safety jacket lagi.. 


1 perahu kena naik 3 orang je.. 


Ok dah nak mulakan perjalanan


Kereta atas feri.. 


Kejap je dah sampai Tak Bai.. Dalam 5 minit gitu.. Sampai kat pengkalan perahu ni nampak suasana sibuk


First2 sekali yang eyes catching.. Petai isi boolat2 dan besar2..


Dengan petai pun nak bergambar kata SIL saya.. Haha seni lah kak.. Ni namanya seni photography.. 


Tak tau kuih apa namanya ni.. 


Posing 1 kali... 


Beli bahan penting kat dapur..asam keping.. 1 cupak tu RM5. 


Ya Allah.. Segar2 dan cantik2nya bunga kantan ni.. Nak beli takut rosak sebab jarang guna bunga kantan ni buat masak.. 


Laici pun boolattt2 dan segar2..


Wajib makan mee celop kat sini.. Ori from Thai.. 


Air gas fanta.. Tapi gasnya kurang.. 


Kedai yang kami makan.. Tapi saya tak makan pun sebab masih kenyang.. 


Geram tengok sepanjang jalan Tak Bai ni jual banyak buah2 fresh.. 


Boleh testing sebelum beli.. Rambutan tu RM4 sekilo.. 


Frust sebab durian masih kena peram.. Yang besar2 tu 2 hari peram baru boleh makan.. 


1 biji durian besar ni berat cecah 5 kg. 1kg RM50. Tapi tu lah, kena 2 hari peram baru boleh makan.. Kempunan nak makan.. 


So kita beli durian yang kecik sikit tu. 1 kg RM12. Ayah Damia beli 10kg. Tu pun jenuh kena kopek sikit 1-1 nak tengok mana yang dah masak. Kat sini kalau nak tahu cam mana durian tu masak atau tak, kena pukul2 dan rotan2 manja buah durian tu (see makcik tu pegang pemukul tu), kalau bunyi kelotong (tak sure betul ke tak perkataan ni) maksudnya belum masak lagi. Kalau bunyi padat, dah masak. 


Us! 
Anak2 semua kat rumah tokma dengan sepupu sepapat masing2. Senang nak berbelanja dan shopping.. Hihi..


Kenangan bersama BIL, SIL dan biras2.. 
Masing2 sakan shopping.. 


Jom balik Malaysia.. Macam jauh je bunyi ya.. 


Bye Tak Bai.. Atau lebih dikenali Taba oleh penduduk tempatan. Sure kami akan datang lagi sebab nak shopping barang2 dapur dan hasil tanaman fresh kat sini murah2 weiii.. 

Till we meet again Tak Bai
Post a Comment