Thursday, February 16, 2017

Boat Noodles @ Teh O Ice 50 Cent


Alang2 ada appointment di Taman Nusaria, Gelang Patah..
terus ke cafe yang memang saya nak singgah dari tahun lepas lagi..

Aritu dah pernah singgah..tapi tutup pula..
Rupanya dia tutup setiap hari selasa lah..

Mana nak cari harga...
Teh o ais 50 sen (cawan besi),
Boat noodles 190 sen,
Tapi makan berdua pun habis juga ribu-ribu sen..
Hihi..


Bukan makan tu je...
Saya juga makan Nasi kukus Daging Bakar..
Ayah Damia makan Bubur Nasi..
Daim tumpang makan bubur nasi..;-)


Antara menu-menu yang ada..
Praw Tom Yam tu nampak best sangat!


Side dish pun ada..
Next time nak try lah..


Dessert pun terliur juga tu..
Tapi sebab perut dah kenyang..
Kita cuba lain kali pula ya..


Pilihan minuman2 yang ada..


Suasana dalam kedai ni...
Tak besar sangat, tapi boleh dikatakan agak selesa..
Ramai org yang bekerja kawasan sekitar yang makan kat sini nampaknya..


Yeayy...kami dah kenyang...
Muka pun ada senyum..
Ok jom ke Plaza Larkin pula untuk next appointment (pada masa tu)..

P/S: Nama Teh O Ice 50 cent tu adalah salah satu teknik guirella marketing...;-)




Wednesday, February 15, 2017

Amphawa Boat Noodles Downtown JB


Malam hujung minggu lepas..
Dinner awal bersama family..
Menyambut kepulangan ayah damia dari Jepun..hihi..


Lokasi yang kami pilih untuk dinner ni agak cantik dan cozy..
Walaupun tempat dalamnya agak sempit, tapi boleh dikatakan selesa juga..
Dengan air terjun yang turun melimpahi ke kolam bawah, memang menampakkan keseluruhan suasana sangat menarik dan romantik..


Semestinya menu utama adalah boat noodles lah..
Kami pilih 15 mangkuk kesemua pilihan yang ada dalam menu..
Hihi...paling best yang tom yam prawn tu..


Wowww..pulut mangga ni sangat sedap..
Lemak-lemak manis..


Coconut ice-cream umpama Sangkaya..
Berebut2 semua, termasuk Daim..


Kat Jepun ayah damia cakap ni salah satu makanan yang hari2 dia makan..
So kat sini pun dia nak kitaorg try juga..hihi..
Vege Tempura..
Alaaa..sayur macam lobak, jagung muda, terung, ubi keledek, kacang panjang celup tepung je pun..



Mula2 tadi kami order 15 mangkuk boat noodles kan..
Hah ni tambah lagi 10 mangkuk..
Nasib baik tak membazir..
Pastu order tambah nasi pula..


Cantikkan suasananya..
Kat luar cermin tu bazar karat..
Memang happening lah area sini..

Btw nampak tak ada sudu jatuh tergantung kat daun tu..
Hahaha...Aleesya makan sampai terpelanting sudu ke bawah...kiki..


Dan total rezeki yang masuk ke dalam perut kami semua...
Alhamdulillah..







Saturday, February 11, 2017

Dining with White Lions


29 Januari 2017

Dining at Simba Hill Gourmet Hall - 
Malaysia first and only dining with White Lions themed restaurant

Tapi White Lions tengah rehat dan tidurlah pula kat atas bukit tu. 
Kalau tak berkeliaran kat tepi cermin tu nak tumpang makan Chicken Grill sama..


Si ayah sedang menerangkan fakta ringkas tentang White Lions di atas meja tu.
Oh ya senarai makanan kat sini harga lebih kurang harga Secret Recipe je...


Eh eh...White Lions tu dah bangunlah...
Tu nak turun bawah exercise dan cari makanan lah tu..


Fuhhh..baik punya landing..
Menurut fakta, White Lions ni akan tidur selama 20 jam..
Memang dasar habitnya gitu kan...
Kalau manusia, dicop pemalas dah tu..hihi..


Suasana dalam Restoran ni..
Besar, luas dan selesa..

Tu hah kat luar tu, punyalah ramai yang mengambil gambar white lions yang bangun dari tidur..
Kami kat dalam ni releks je menyaksikan aksi2 white lions tu..
Kiranya eksklusif gitu...hihi..

Dan White Lions tu lagi nak malam lagi agresif..

Alhamdulillah..dapat juga menimba pengalaman ini..


Wednesday, February 8, 2017

Wordless Wednesday || Osaka, Jepun


Wahhh.... di Jepun..
Sempat merasa salji yang mencurah-curah turun lagi..
Alhamdulillah...



Friday, February 3, 2017

Dah datang JB, jangan lupa beli Chocolate dan Chocotart Ole Ole CocoDamia

Assalamualaikum..
Lama tak bersiaran di blog ni..
Start cuti Tahun Baru Cina haritu, back to back holiday.. 
Really awesome holiday..
Nanti saya share pengalaman holiday kat blog ya..
Doa2 diberi kesempatan untuk menulis di blog kesayangan ni..


Sekarang ni team CocoDamia busy menyiapkan tempahan-tempahan istimewa untuk hujung minggu ni.

Siap ada yang request nak bawa pergi Osaka lagi ... Hooyay!


Yang datang jalan-jalan JB, jangan lupa bawa balik #chocolate atau #chocotart #oleolecocodamia #darijbuntuksemua ni ya. 

Nak tempah untuk hari2 istimewa untuk org tersayang pun boleh. Seperti hari jadi, pertunangan, doorgifts kahwin, akikah, Hari Ibu, dan macam2 lagi hari teristimewa untuk yang tersayang.


Ni tempahan2 dari pekerja untuk taukey taukey mereka. 


Kami boleh custom made chocolate/chocotart ikut budget dan tema yang pelanggan nak.


Suprise dari seorang suami kepada isterinya. Selalunya golongan profesional lebih suka pilih 1-2 flavour sahaja dalam 1 box. Nampak eksklusif gitu.


Tempahan dari company-company untuk Corporate Gift dan annual dinner company. Terima kasih kerana memilih Chocolate dan Chocotart Ole Ole CocoDamia. 


Dan macam-macam lagilah yang ada. 


Set ni sesuai untuk COD atau pick up sendiri di area JB.


Set ni pun sama sesuai untuk COD atau pick up sendiri di area JB. Lebih banyak lebih jimat!


Set yang dalam container ni pula sesuai untuk tujuan pengeposan.


Dah merata kami pos ke Sarawak, Kelantan, Terengganu, KL, Pahang, Johor dan lain2 tempat lagi. Memang cantik terletak dan langsung tak pecah Chocolate2 dan Chocotart2 Ole Ole CocoDamia ni.. 

Pendek kata nak pos boleh (packaging container), nak COD boleh (COD kat hotel pun boleh terutama yang datang melancong ke JB), nak self pick up pun boleh.. 

Untuk tempahan dan pembelian, boleh pm pages: Ole ole CocoDamia atau whatsapp 0106468383

Dah datang JB, jangan lupa beli Ole Ole CocoDamia...

Muahhh...