Friday, November 24, 2017

Bulan paling banyak EduTour di GO-JB Chocolate


Alhamdulillah...
Berakhir sudah kesemua 12 buah sekolah yang mengadakan EduTour ke GO-JB Chocolate pagi tadi. Non stop direct 2 minggu berturut2 EduTour ni. Memang team CocoDamia agak hectic jugalah sebab nak siapkan stok lagi, tempahan lagi dan EduTour ni yang mana setiap sesi lebih kurang 3 jam.

Sekolah yang terakhir untuk bulan ni adalah dari Tadika Kemas Denai Selatan, Kempas pagi tadi. Sebenarnya ada lagi beberapa sekolah dan tadika yang request untuk booking slot, tapi ada yang bertindih tarikh dan untuk minggu depan memang kami tak ambil booking EduTour sebab ramai staffs yang nak bercuti bergilir2.

Ok, bulan Disember hectic dengan kelas membuat coklat pakej ibu dan anak pula. Sambil2 siapkan goodies kahwin dan tempahan kahwin juga. Insyallah semoga semuanya dipermudahkan. 

Untuk tengok gambar2 & video2 EduTour yang meriah dan ceria serta banyak lagi terkini tu, bolehlah like Facebook Pages: Ole ole CocoDamia 

Terima kasih semua yang terlibat!
Syukur alhamdulillah...yeayy esok boleh makan besar dengan semya staffs CocoDamia...aamin..

Post a Comment