Thursday, November 30, 2017

The Kasturi Cherating || Art & Luxury Resort

https://youtu.be/jtpONUKTBYM



When you have too much on your mind.. Having a tough month back to back.. 

And finally.. 
Perfect relaxing..
 Perfect moment.. 
Perfect family.. 

Thank you Allah.. 
Till we meet again #thekasturi
#ayukhainaturallyrelaxing


More pictures and details soon.. 

Monday, November 27, 2017

Raikan staffs di Hi-Tea KSL Hotel


Sabtu - 25/11/2017
KSL Hotel & Resort

Raikan staffs CocoDamia/GO-JB Chocolate setelah masing2 memberi komitmen terbaik untuk bulan yang paling hectic ni. 

Kejar stocks, managed EduTour, siapkan tempahan (more to go 😀) dan penyediaan dokumentasi Renew Halal dan KKM serentak.

Business takkan berjaya tanpa staffs yang boleh berdikari tanpa pengawasan boss. Boss pantau melalui whatsapp dan CCTV je. Selebihnya ikut SOP. Insyallah moga rezeki kita sama2 diberkati.. aaamin.. 

#yangbanyakkitakongsi #yangsikitkitaberbahagi 
#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate


Terima kasih semua..
Dari staffs admin hingga ke production..
Tu pun ada yang tak dapat datang sebab dah balik kampung..


Wefie dulu..


Alololo...comeynya..


Sedap giler char kuew tiaw panas2 kat sini..
Bubur untuk Daim pun sedap tu..


Ayam panggang dengan pilihan sos cendawan atau sos lada hitam


Tak masam ke Daim?


Nice view with nice bokeh


Alahai, menyibuk je Daim ni..


Sumpah! Kek kat sini semua sedap2..


Main course pun banyak lauk..


Macam2 buah ada


Noodles and laksa section


Pandai Daim selfie


Memang habis sebiji buah epal hijau tu digigitnya..hisap air pastu buang..haha


Comell!

Friday, November 24, 2017

Bulan paling banyak EduTour di GO-JB Chocolate


Alhamdulillah...
Berakhir sudah kesemua 12 buah sekolah yang mengadakan EduTour ke GO-JB Chocolate pagi tadi. Non stop direct 2 minggu berturut2 EduTour ni. Memang team CocoDamia agak hectic jugalah sebab nak siapkan stok lagi, tempahan lagi dan EduTour ni yang mana setiap sesi lebih kurang 3 jam.

Sekolah yang terakhir untuk bulan ni adalah dari Tadika Kemas Denai Selatan, Kempas pagi tadi. Sebenarnya ada lagi beberapa sekolah dan tadika yang request untuk booking slot, tapi ada yang bertindih tarikh dan untuk minggu depan memang kami tak ambil booking EduTour sebab ramai staffs yang nak bercuti bergilir2.

Ok, bulan Disember hectic dengan kelas membuat coklat pakej ibu dan anak pula. Sambil2 siapkan goodies kahwin dan tempahan kahwin juga. Insyallah semoga semuanya dipermudahkan. 

Untuk tengok gambar2 & video2 EduTour yang meriah dan ceria serta banyak lagi terkini tu, bolehlah like Facebook Pages: Ole ole CocoDamia 

Terima kasih semua yang terlibat!
Syukur alhamdulillah...yeayy esok boleh makan besar dengan semya staffs CocoDamia...aamin..

Wednesday, November 22, 2017

Video pengalaman naik helikopter di Gold Coast, Australia



Throwback masa kami sekeluarga naik helikopter di Sea World Australia..

Umpama Bird's Eye View of the Gold Coast gitu..

A very memorable experience untuk kami sekeluarga..
Dan semestinya its something we can talk about it till you get old..

Pabila tanya anak2 apa perasaan naik helikopter?

Masing2 jawab mula2 takut, tapi tak sabar nak naik.....lepas lama dah naik helikopter dan pusing2 kat atas tu, biasa je macam naik kapal terbang, cuma yang ni kita nampak semua pemandangan cantik yang kat bawah kita sebab cermin kan dan bukannya tertutup macam kapal terbang... tapi bunyi kuat sangat helikopter ni, kena pakai headphone kalau nak cakap sesama sendiri..

Kalau tanya kami nak naik lagi tak helikopter ni, insyallah why not...tapi kena menabung lebih sikit lah sebab semua pun tahu nak naik helikopter private cam ni memang agak mahal....ratusan ringgit per person untuk 7-10 minit sahaja....tapi yang penting pengalaman mahal tu yang tak boleh dijual beli..

Moga ada rezeki kami naik helikopter di negara lain pula....aaamin...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, November 21, 2017

Video Ayyunie di Gold Coast Night Market



Throwback video #hellogoldcoastbydamiasdaim
Ni masa kat night market Gold Coast.. kami beli Wacky Whitsle sebagai hadiah harijadi untuk Ayyunie (dia yang minta beserta beberapa hadiah lain lagi). Unik whistle ni sebab bila kita letak je kat atas lelangit kita, nanti bercakap keluar bunyi burung ikut irama suara kita.
Tapi yang nak difokuskan dalam video ni adalah, cuba tengok reaksi muka Ayyunie..ketakutan kan? Memang lah sebab kat Gold Coast ni ramai yang bawa anjing sekali masa bersiar2..masalahnya anjing2 tu suka betul menghidu orang. Serius sangat tak selesa. Ada sekali tu sampai nak terjatuh buggy Daim dek kerana kami (kecuali ayahnya) lari dari anjing.. nasib baik ayahnya cepat2 pegang buggy..
Pastu masa mula2 sampai airport Gold Coast pun, anjing hitam besar menerkam pounch kat pinggang ayah damia tanpa kami sedar, pastu terus berlalu pergi. Kami anak beranak terkejut sungguh weii..sempat lagi Ayyunie cakap "fuhhh nasib baik anjing tu tak bau adik, kalau tak haram dah adik ni terkena anjing ðŸ˜‚😂😂"..
Dalam video tu Aleesya (paling penakut) sampai turun tangga ke pantai lari dari anjing tu..
Apa2 pun setiap negara yang kita pergi, banyak pengalaman yang dipelajari, terutama buat anak2 yang otak mereka seperti sponge yang absorb setiap moment.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 20, 2017

Dah pergi Ikea Tebrau?


Yang jauh lagikan kita pergi, inikan pula yang dekat kan. Sabtu lepas (hari ke-3 selepas pembukaan), sempat la ajak ayah damia lunch kat Ikea..walaupun agak sibuk, sempat memboloskan diri ke sini..


Tujuan utama nak makan meatballs Ikea dan chicken wings Ikea je.. Daim pun bukan main suka makan meatballs tu ya..


Parking tak jammed, shopping pun tak jammed, so bolehlah selfie potrait kejap...hihi


Tapi beratur nak beli makanan yang jammed...beratur beli makanan 1 jam, nak bayar pun 1/2 jam walaupun guna mesin masa buat pembayaran..


Tapi berbaloi juga lah tunggu...hajat nak makan kat sini tercapai..


Sebab tak ada orang, kita buat macam2 aksi lagi...


Alamak...Daim enterframe..dengan tak berkasutnya..alahai..


Sementara tunggu ayanya beratur beli makanan..


Selfie potrait..


Selfie potrait lagi..masa otw nak ke Ikea..

So far rasanya mana2 Ikea kalau beratur nak.makan memang lama kan...kecuali Ikea Singapore sebab tak ramai yang beratur kat Halal section..

Uols dah sampai ke Ikea Tebrau? 

Friday, November 17, 2017

Menang RM200 dengan tonton Video EduTour @ GO JB CHOCOLATE



Sambil menonton video EduTour ni, jangan lupa klik-klik sekali Facebook Pages : Ole ole CocoDamia ya...sebab siapa tahu peluang untuk anda menang RM200 kan..

BERMINAT HENDAK MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR/ EDUTOUR SERTA SUKA SUKI MEMBUAT COKLAT SENDIRI? BOLEH AJUKAN PERTANYAAN ATAU BOOKING SLOT PADA cocodamia@yahoo.com ATAU WHATSAPP 010-6468383

UNTUK LEBIH INFO, BOLEH SINGGAH DI FANPAGES : ole ole cocodamia.

TERIMA KASIH SEMUA!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 15, 2017

Coklat Lipas hanya di GO JB CHOCOLATE



Cerita semalam..
Selasa - 14/11/2017


Edutour dari 44 orang pelajar SMK Kangkar Pulai yang diadakan pada jam 2 petang hingga 5 petang semalam.
Terujanya masing-masing dapat buat coklat lipas. Pertama kalinya coklat lipas ni direka khas untuk pelajar-pelajar tersebut.
Sporting, agresif dan syokkk sangat sampaikan rak-rak display coklat hampir kosong di-shopping-nya oleh mereka.
Terima kasih kepada para pelajar dan guru2 yang terlibat. Tak lupa juga kepada team CocoDamia yang awesome!
Mana-mana pihak/agensi/sekolah/tadika atau organisasi yang mahu buat Edu Tour, boleh booking slot ke cocodamia@yahoo.com...

Image may contain: 14 people, people smiling, people sitting and outdoor

Sporting semuanya..
KIta tanya, dia jawab, kita tanya, dia jawab..
Yang dapat jawab dapat coklat pula tu..
Semua willing nak jawab..

Image may contain: 23 people, people smiling, outdoor

Gambar wajib 

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, hat, table and indoor

First time buat coklat kata mereka

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, table and indoor

Pantang nampak kamera, masing2 bagi komitmen baik punya..
Lagi2 lah bila tahu LIVE...hihi..

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, table, food and indoor

Wahhh..inilah hasilnya...
Hati2 nanti lipas terbang..hihi

Image may contain: 1 person, outdoor

Ini group lelaki punay..
Not bad..

Image may contain: one or more people

Apesal gemuk semacam je lipas2 ni..

Image may contain: plant

Lipas2 berkeliaran mencari coklat..

Image may contain: sky and outdoor

Bye bye semua!!
Maing2 pulang dengan muka dan perasaan yang gembira..
Ya saya nampak keceriaan dan kegembiraan itu pada wajah mereka..
Terima kasih semua...
Tahun depan datang lagi ya..
Aaamin..

p/s: Minggu ni sampailah hujung minggu depan hari2 ada EduTour..dah lah ayah damia fly outstation..memang saya terpaksa gigih lah ni...yeahhhhhh...saya kuat!

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, November 12, 2017

Cara didik anak Behave dan berdisiplin di meja makan



Seaktif mana pun Daim, sepantas mana pun kaki dan tangan dia tarik benda (tapi mulut tetap maintain diam je), memang ada tempat Daim akan behave dan berdisiplin...terutamanya masa kat meja makan. Dia tahu lepas baca je doa makan, dia akan fokus makan. Sebab tu tak ada hal hari-hari saya bawa dia makan kat kedai waktu lunch walaupun berdua je...Tapi lepas dia kenyang, siap sedia lah nak mengekar dia pula..haha..


Salah satu cara saya dan suami didik anak2 supaya behave dimeja makan adalah sentiasa makan bersama dan makanan mesti berhidang. Maksudnya anak-anak saya kurang pandai sikit kalau cedok nasi kat dapur, bubuh lauk siap2 dan mengadap TV makan atau makan sorang2 kat meja. Kalau paksa juga diaorg makan sorang2 (kadang terpaksa sebab rushing), memang sikit je lah diaorg makan. Sebab tu penting bagi saya anak2 masa kecil duduk dalam baby chair. Saya kalau pergi makan kat kedai atau mana2, kalau tak ada baby chair, memang tak jadi terus makan kat situ. Unless memang terpaksa sangat lah..tu pun letak anak2 masa kecil dalam stroller atau susun kerusi banyak2 bagi tinggi sama paras dengan meja..

So bila dah selalu makan berjemaah dan kita pun tunjuk cara yang betul masa makan, insyallah anak2 dari kecil lagi pun akan terikut2 cara kita makan which means ambil makanan dengan tertib, masuk dalam mulut perlahan2 dan tak terbalikkan pinggan pun dah bersyukur..kih kih... comot tu biasalah...jangan expect tangan dan mulut diaorg bersih makan macam kita yang dewasa ni...haha



Semalam...lunch di Rasa Ripablik..
Lepas separuh hari shopping di Angsana Mall, terus pusing2 area BBU cari makan..
Nak makan Western hajatnya...terus sampai ke sini...

Appertizer sebelum tunggu makanan berat sampai...mushroom soup dan french fries..



Feveret Daim lah pasta dan cheese ni..



Chicken chop



Lamb chop



Dan buat pertama kalinya, semalam masa kami tunggu makanan sampai, ada tester nasi pula...hihi..
Tu nasi Khabsah, Mandy dan Beriani...tapi kami order western je sebab sehari sebelum tu dah makan nasi arab...

Total rezeki yang masuk dalam perut kami berlima semalam RM95++..
Review makanan so-so je...sebab ada lagi lamb chop dan chicken grill yang lagi best...tapi nasi2 tu memang sedap!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, November 11, 2017

Macam mana nak dapat cashback balik lepas keluar duit shopping online?


Caranya klik-klik lah link di bawah ni ya..
Bukan sahaja dapat duit balik, tapi dapat bonus juga.

Fuhh memang best lah shopping online sempena 11.11 harini, masuk Lazada via Shopback, lepas tu dapat bonus, masa nak proceed payment guna pula voucher (jika ada, alaaa tengok je kat pages Lazada tu, macam2 voucher ada, key in je code tu), memang berbaloi2 lah..

Macam mana nak berbaloi2 tu? Klik klik link bawah ni. 


Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM 5 welcome bonus today! https://www.shopback.my/?raf=GmkZhG


Saya dah shopping sempena 11.11 ni awal pagi tadi, anda bila lagi? Tak sabar nak tunggu 10 items sampai ni. Hopefully delivery smooth and steady..

P/s: Otw pergi sarapan


Friday, November 10, 2017

Makanan Halal di Boracay Island


Rindunya makanan-makanan seafood (besar-besar dan segar-segar) ni kat Boracay! Bukan sahaja sedap sehingga menjilat jari dan bibir, siap hantar sampai depan hotel (penat2 balik buat aktiviti air dah tak payah rushing keluar lagi) dan yang paling penting halal. 

Kat Boracay ni sangat susah nak cari makanan halal. Islam pun minoriti sangat. Mujurlah jumpa kak bora @boracaytravezlandtour dalam IG ni. Pakej lengkap di Boracay dari A to Z private tour (kecuali tiket flight dan hotel tempah sendiri) siap ada guide jaga anak-anak lagi. 

Nak-nak pula Daim.... makan bersuap, buggy orang tolak, tidur orang dukung, nak main orang layan. Macam bawa helper bercuti sekali. Sebab tu aritu ramai yang tanya mana Daim sebab tak banyak gambar dia pun, tak bawa Daim dan anak2 ke (tak sanggup tinggalkan weeiii)..
 Ok, harap menjawab persoalan orang yang saya tak kenali DM tanya pasal makana halal di Boracay...Kalau tanya anak-anak apa yang best kat Boracay? Diaorang jawab "makannnnnn"... Haha..


Ni lunch masa Pit Stop terakhir masa island hoping di Boracay..
Bayangkan penat2 kita sepruh hari island hoping, sampai pit stop terakhir ni, makan yang baru masak terhidang depan mata..
Perghhh..heaven!

Masa ni juga first time makan sambal landak...haha...alang2 dah pergi tempat orang, makan je lah kan...


Sumpah! Tak habis makan semua ni...tapi semuanya sedap2..
Yang kami peminat seafood ni pun makan sampai tak leh nak makan dah..haha..banyak sangat..
Tapi puas hati!


Dinner yang dihantar terus ke hotel..
panas2 lagi semua masakan...
Udang masak lemak cili api dengan labu tu, perghhh...power..


Ikan masak tauchu tu jarang2 saya makan, tapi kat sini licin...
Siap berebut dengan anak2 lagi...
Ikan segar beb! Hanyir pun tak ada..


Seafood memang famous lah kat Boracay ni... So lunch atau dinner kami memang wajib ada ketam, udang, sotong dan ikan..sekali sekala adalah makanan bercengkerang...ayam daging tak provide sangat sebab susah nak cari ayam daging yang halal kot kat sini..


Mangga di Boracay memang merata orang jual...
Manis2 lemak2 semuanya..
Tapi saya tanya mangga sekilo berapa kat sini, mahal juga dalam RM15 sekilo...
Mungkin sebab kawasan pelancong kan..tu yang mahal sikit.. 
Roti Gardenia kat sini 1 bungkus pun RM6.50...beli jugak...hihi..

BTW kat sini memang susah nak cari makanna halal...kalau ada pun baca review orang dalm blog, beli seafood atau ikan segar kat Pasar Talipapa, lepas tu suruh kedai muslim masakkan. Ada 1-2 kedai muslim je pun...tu pun masakan philipines katanya tak berapa nak ikut selesar orang Malaysia jugalah..

Tapi dengan pakej yang saya ambil ni, makanan halal dan yang masak En Alvin tu pun orang Sabah. So makanan memang secukup rasa dan ada pedas juga..

Haihhh tetiba rindu nak gi Boravay lagi!