Meneruskan jalan-jalan cari makan cuti-cuti malaysia
Jb - KL- Bukit Merah - Gerik - Next station...
Ini Rare.. Pengalaman yang unik. Lepas tidur atas kampung air di Bukit Merah, kita makan atas air pula.
Menikmati makanan menu "bangsawan melayu pattani" yang dihidangkan dalam buluh serta menu ikan sungai bakar dan masak lemak..
Tapi serius celur nangka, pucuk paku, baby corn, rebung dan ulan daun yang masam (tak tahu nama) dicicah dengan sambal kicap, belacan dan sambal kerisik (betul ke nama tu) memang best sangat!
Sambil makan, sambil kaki main air sungai, atau lebih best lagi, lepas makan terjun terus sungai 😂😂.. Sambil2 boleh main rakit juga kat situ..
Yang penting sila booking dulu sebelum pergi. Kami tak booking pun cuma walk in, tapi Allah permudahkan percutian kami!
Insyallah ada peluang nak pergi lagi sini!
#castellacafe
Teruja semuanya dapat makan dalam air sungai :-)
Burung hantu yang menyambut ketibaan para pengunjung..
Tak makan lagi tapi dah excited nak main air ya..
Menu bangsawan melayu pattani..
Ada masak lemak rebung ikan, aneka ulaman celur, pekasam dan aneka sambal..
Cepat2 makan sebab nak terjun sungai ni..
Seronok pengalaman ni..
Daim mula2 takut juga sebab air sejuk sangat.. Pastu baru ok..
Kami kan walk in, sebenarnya dah tak boleh makan kat sini. Nasib baik ada masak lemak lebih, cuma ikan bakar je tak ada.. Pun bolehlah.. Alhamdulillah..
Suasana disini..
Daim yang teruja..
Kaki celup2 air semuanya..
Main rakit pula..
Phewwww.. Seronok hangpa ya!
Peace yo!
Terjun tiruk!
Wefie..
Thanks to Ayyunie snap2 gambar ni..
Suka Daim ya main2 dan makan kat sini..
Kiss sikit!
We are happy family..
Ok.. Next destination...