Tuesday, February 28, 2017

Resepi Mango Chocolate Smoothie


Mango Chocolate Smoothie..
Buat sendiri puas hati..
Per cup guna mango sebiji..
Memang nikmat tak terperi....

Senang je cara2 nak buat ni...

Mula2 kupas sebiji mangga yang sederhana besar saiznya.. Kemudian ambil sebahagian 1/4 isi potong dadu.. Selebihnya kisar isi mangga tadi bersama dengan susu segar, ais dan juga sedikit air gula..

Apabila dah betul2 halus, tuang ke dalam mangkuk.. Kemudian toppingkan dengan fresh cream.. Saya beli fresh cream yang dalan botol spray tu je senang..

Dah siap letak fresh cream, masukkan pula isi mangga yang dipotong dadu tadi.. Kemudian tabur chocolate chips, chocolate rice dan juga apa2 topping yang sesuai.. Akhir sekali, jangan lupa masukkan chocolate topping Hersey banyak2.. Barulah nikmat coklat tak terperi..

Ok selamat mencuba!

Monday, February 27, 2017

Daim Muslim dah 9 bulan..


Semalam..
26/02/2017..
Daim dah genap 9 bulan..
Wahhh lagi 3 bulan nak usia 1 tahun..
Cepatnya masa berlalu..
Walhal rasanya macam semalam baru Doktor robek-robek perut ibu ni..
Eh tipu.. Ibu kan fully bius.. Apa pun tak sedar.. Haha..

Happy 9 months old Daim Muslim.. The same amount of time you spent growing in my womb, you have now spent growing outside of it. 



Milestones sekarang suka benauuu panjat tangga.. Haihh.. Kakak-kakak awak dulu sekali ibu ayah tinggikan suara marah tak bagi naik tangga, tapi Daim chill je pakej sengih lagi sambil naik lagi tangga.. Haha.. Boy tetap boy kan..

Pastu sekarang dah tau.. Pantang ibu pakai tudung, pantang ayah turun tangga atau buka pintu luar, mesti dia punya galok/ketawa bukan main.. Tapi kalau kena tinggal, muka semenyeh habis.. Kikiki.. Bagus2.. Pandai beremosi..

Dah pandai juga main macam2 permainan.. Ibu beli kereta control, bukan main laju lagi Daim kejar kiri kanan depan belakang ya.. Kalau main ball pun dah pandai baling2 weeiii.. Bijak2..

Bab makan pula, memang dah tak suka sangat makan puri atau bubur blend. Daim nak juga benda yang mengunyah. Contohnya kalau masak bubur tu, kena siat2 dah isi ayam atau tumbuk kasar ikan bilis goreng tu tabur atas nasi bubur.. Baru dia selera.. Almaklumlah, 6 batang gigi dah ada.. 4 atas 2 bawah.. Ibu pun dah start ajar makan pasta sekarang.. Selera ya amat sunggub Daim makan..

Sekarang pantang kita sebut bye bye.. Nanti tangannya automatik akan angkat dan bye bye kita. Walaupun hayunan bye bye nya kejap atas kejap bawah kejap kiri kejap kanan, tapi ok lah.. Dia faham bye bye tu maksudnya kita nak pergi mana2.

Tatih2 pun dah ada improve. Cuma time kita lepas tangan dia suruh dia jalan sendiri tu lah Daim masih takut-takut..

Hurmm apa lagi ya milestone Daim ni.. Sebenarnya ada beberapa lagi perkara2 baru yang Daim dah explore cuma buat masa ni tak sempat nak recall pula.. Hihi

Apa2 pun semoga Daim Muslim Bin Khairuddin membesar sebagai Muslim sejati, anak soleh dan taat kepada ibu dan ayah. Jadi pelindung kepada kakak Aleesya dan Kakak Ayyunie ya.. Aamin

Thursday, February 23, 2017

Boat Noodle @ Teh O Ais 50 cents II Kali kedua


Cerita hujung minggu lepas..
Ke sini lagi..
Tapi kalini bawa semua ahli keluarga kami..
So dapatlah merasa banyak makanan lagi...

Kami sampai ngam2 jam 12 tengahari...iaitu waktu restoran ni dibuka..
Tu pun dah ramai yang menunggu untuk makan disini..


Kalini kami cuba nasi kerabu ni pula..
Best..kerabu ikan dia style Golok (Thailand)..


Woww weee..
Yang ni recommended..
Dengan harga RM12.90, dapat rasa lebih kurang seperti Tom Yam kat Secret Recipe..
Udangnya pun saiz XL..
Ada 3 ekor..
Tapi awas! Boleh tahan pedas ya..


Tapi kalau untuk budak-budak yang nak rasa Tom Yam udang tu, ada juga saiz kecil..
So just nice lah tak pedas sangat..


Ok! Yang ni best!
Pulut dia tu lemak-lemak berkrim..
Santan pun lemak pekat..
So memang sedap amat lah kan..
Sama taste macam kami makan pulut mangga di Krabi dulu..


Order roti Sang Kaya ni untuk Daim..
Dan memang sebekas ni habis untuk Daim sorang je pun..
Wahhh suka makan roti kukus lembut2 cam ni ya Daim...

Makanan2 lain tak snap sebab sama je ngan kali pertama kami makan kat sini..

So dah puas hati lah dapat merasa kebanyakan makanan kat sini..
Total rezeki yang masuk dalam perut kami semua sebanyak RM65..
Yang penting sedap..
Alhamdulillah...



Wednesday, February 22, 2017

Hadiah Harijadi untuk staff


Semalam saya sendiri turun padang..
Singsing lengan baju....
Mencari idea....
Membuat sesuatu yang kreatif....
Sempena Hari Jadi salah seorang staff CocoDamia yang banyak meringankan dan membantu kerja-kerja saya dikilang....

Maka terhasillah #chocoball #oleolecocodamia #darijbuntuksemua ni.. 

Selamat Hari Jadi Kak Ita.... Tulang belakang kuat Team Ole Ole CocoDamia ni..

Kalau sesiapa yang nak order Chocoball ni, bolehlah Pm Fanpages Ole Ole CocoDamia ya..


Full set chocolate macam ni pun kami boleh pos dan COD...
Eksklusif dan cantik untuk yang tersayang atau besties..


Untuk set Chocotart ni pula, kami memang tak pos. Hanya COD dan self pick up sahaja.. Tapi meriahkan! Semoga Chocotart2 ni dapat mengembirakan kedua-dua pihak majlis..


Ni untuk set Chocotart gift box yang paling famous. Paling banyak dapat sambutan untuk set gift ni..

Sekali lagi bagi sesiapa yang nak order coklat2/chocotart2/chocoballs2 keluaran CocoDamia, boleh PM Fanpage Ole Ole CocoDamia atau whatsapp 010-6468383.

Percayalah,
Cocodamia,
Bukan sekadar coklat biasa



Thursday, February 16, 2017

Boat Noodles @ Teh O Ice 50 Cent


Alang2 ada appointment di Taman Nusaria, Gelang Patah..
terus ke cafe yang memang saya nak singgah dari tahun lepas lagi..

Aritu dah pernah singgah..tapi tutup pula..
Rupanya dia tutup setiap hari selasa lah..

Mana nak cari harga...
Teh o ais 50 sen (cawan besi),
Boat noodles 190 sen,
Tapi makan berdua pun habis juga ribu-ribu sen..
Hihi..


Bukan makan tu je...
Saya juga makan Nasi kukus Daging Bakar..
Ayah Damia makan Bubur Nasi..
Daim tumpang makan bubur nasi..;-)


Antara menu-menu yang ada..
Praw Tom Yam tu nampak best sangat!


Side dish pun ada..
Next time nak try lah..


Dessert pun terliur juga tu..
Tapi sebab perut dah kenyang..
Kita cuba lain kali pula ya..


Pilihan minuman2 yang ada..


Suasana dalam kedai ni...
Tak besar sangat, tapi boleh dikatakan agak selesa..
Ramai org yang bekerja kawasan sekitar yang makan kat sini nampaknya..


Yeayy...kami dah kenyang...
Muka pun ada senyum..
Ok jom ke Plaza Larkin pula untuk next appointment (pada masa tu)..

P/S: Nama Teh O Ice 50 cent tu adalah salah satu teknik guirella marketing...;-)




Wednesday, February 15, 2017

Amphawa Boat Noodles Downtown JB


Malam hujung minggu lepas..
Dinner awal bersama family..
Menyambut kepulangan ayah damia dari Jepun..hihi..


Lokasi yang kami pilih untuk dinner ni agak cantik dan cozy..
Walaupun tempat dalamnya agak sempit, tapi boleh dikatakan selesa juga..
Dengan air terjun yang turun melimpahi ke kolam bawah, memang menampakkan keseluruhan suasana sangat menarik dan romantik..


Semestinya menu utama adalah boat noodles lah..
Kami pilih 15 mangkuk kesemua pilihan yang ada dalam menu..
Hihi...paling best yang tom yam prawn tu..


Wowww..pulut mangga ni sangat sedap..
Lemak-lemak manis..


Coconut ice-cream umpama Sangkaya..
Berebut2 semua, termasuk Daim..


Kat Jepun ayah damia cakap ni salah satu makanan yang hari2 dia makan..
So kat sini pun dia nak kitaorg try juga..hihi..
Vege Tempura..
Alaaa..sayur macam lobak, jagung muda, terung, ubi keledek, kacang panjang celup tepung je pun..



Mula2 tadi kami order 15 mangkuk boat noodles kan..
Hah ni tambah lagi 10 mangkuk..
Nasib baik tak membazir..
Pastu order tambah nasi pula..


Cantikkan suasananya..
Kat luar cermin tu bazar karat..
Memang happening lah area sini..

Btw nampak tak ada sudu jatuh tergantung kat daun tu..
Hahaha...Aleesya makan sampai terpelanting sudu ke bawah...kiki..


Dan total rezeki yang masuk ke dalam perut kami semua...
Alhamdulillah..







Saturday, February 11, 2017

Dining with White Lions


29 Januari 2017

Dining at Simba Hill Gourmet Hall - 
Malaysia first and only dining with White Lions themed restaurant

Tapi White Lions tengah rehat dan tidurlah pula kat atas bukit tu. 
Kalau tak berkeliaran kat tepi cermin tu nak tumpang makan Chicken Grill sama..


Si ayah sedang menerangkan fakta ringkas tentang White Lions di atas meja tu.
Oh ya senarai makanan kat sini harga lebih kurang harga Secret Recipe je...


Eh eh...White Lions tu dah bangunlah...
Tu nak turun bawah exercise dan cari makanan lah tu..


Fuhhh..baik punya landing..
Menurut fakta, White Lions ni akan tidur selama 20 jam..
Memang dasar habitnya gitu kan...
Kalau manusia, dicop pemalas dah tu..hihi..


Suasana dalam Restoran ni..
Besar, luas dan selesa..

Tu hah kat luar tu, punyalah ramai yang mengambil gambar white lions yang bangun dari tidur..
Kami kat dalam ni releks je menyaksikan aksi2 white lions tu..
Kiranya eksklusif gitu...hihi..

Dan White Lions tu lagi nak malam lagi agresif..

Alhamdulillah..dapat juga menimba pengalaman ini..


Wednesday, February 8, 2017

Wordless Wednesday || Osaka, Jepun


Wahhh.... di Jepun..
Sempat merasa salji yang mencurah-curah turun lagi..
Alhamdulillah...



Friday, February 3, 2017

Dah datang JB, jangan lupa beli Chocolate dan Chocotart Ole Ole CocoDamia

Assalamualaikum..
Lama tak bersiaran di blog ni..
Start cuti Tahun Baru Cina haritu, back to back holiday.. 
Really awesome holiday..
Nanti saya share pengalaman holiday kat blog ya..
Doa2 diberi kesempatan untuk menulis di blog kesayangan ni..


Sekarang ni team CocoDamia busy menyiapkan tempahan-tempahan istimewa untuk hujung minggu ni.

Siap ada yang request nak bawa pergi Osaka lagi ... Hooyay!


Yang datang jalan-jalan JB, jangan lupa bawa balik #chocolate atau #chocotart #oleolecocodamia #darijbuntuksemua ni ya. 

Nak tempah untuk hari2 istimewa untuk org tersayang pun boleh. Seperti hari jadi, pertunangan, doorgifts kahwin, akikah, Hari Ibu, dan macam2 lagi hari teristimewa untuk yang tersayang.


Ni tempahan2 dari pekerja untuk taukey taukey mereka. 


Kami boleh custom made chocolate/chocotart ikut budget dan tema yang pelanggan nak.


Suprise dari seorang suami kepada isterinya. Selalunya golongan profesional lebih suka pilih 1-2 flavour sahaja dalam 1 box. Nampak eksklusif gitu.


Tempahan dari company-company untuk Corporate Gift dan annual dinner company. Terima kasih kerana memilih Chocolate dan Chocotart Ole Ole CocoDamia. 


Dan macam-macam lagilah yang ada. 


Set ni sesuai untuk COD atau pick up sendiri di area JB.


Set ni pun sama sesuai untuk COD atau pick up sendiri di area JB. Lebih banyak lebih jimat!


Set yang dalam container ni pula sesuai untuk tujuan pengeposan.


Dah merata kami pos ke Sarawak, Kelantan, Terengganu, KL, Pahang, Johor dan lain2 tempat lagi. Memang cantik terletak dan langsung tak pecah Chocolate2 dan Chocotart2 Ole Ole CocoDamia ni.. 

Pendek kata nak pos boleh (packaging container), nak COD boleh (COD kat hotel pun boleh terutama yang datang melancong ke JB), nak self pick up pun boleh.. 

Untuk tempahan dan pembelian, boleh pm pages: Ole ole CocoDamia atau whatsapp 0106468383

Dah datang JB, jangan lupa beli Ole Ole CocoDamia...

Muahhh...