Alhamdulillah..
Pada 15 September hari Khamis malam Jumaat lepas, selesai sudah majlis kesyukuran dan akikah untuk Daim Muslim Bin Khairuddin. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang silih berganti hadir sejak petang lagi. Minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terkurang layanan sepanjang majlis berlangsung. Maklumlah, ibu pengantin dan bapa pengantin sibuk teramat. Tak terlayan sama rata kepada semua tetamu yang hadir. Dan kebanyakan tetamu memang saya sendiri tak sempat jumpa sebab saya banyak berada dalam rumah je melayan para tetamu perempuan untuk berjumpa dengan Daim Muslim serta bergambar depan pelamin buaian berendoi.
Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini seperti pihak pasang khemah, katering, photographer, wedding planner, kumpulan yassin perempuan dari Masjid Taman Universiti, jemaah surau dan marhaban dari Surau Pulai Jaya dan pihak2 lain. Yang paling terharu ada juga yang sudi sponsor makanan seperti rendang ayam, jelly kelapa, sos black pepper, kuih muih dan goodies untuk majlis ini. Terima kasih banyak2 juga kepada tetamu yang bagi hadiah, mainan serta paling banyak duit untuk Daim Muslim. Semoga kalian semua diberkati oleh Allah dan dipermudahkan lagi rezekinya.
Ok jom kita tengok gambar-gambar sepanjang Majlis tersebut. Saya dah kebuntuan sebenarnya tak tahu nak pilih gambar mana masuk dalam blog ni sebab banyak sangat gambar dari Official Photographer, dari kamera saya, dari handphone lagi dan dari kamera kawan2 yang tag kat kami. Apa2 pun harap uols semua enjoy tengok gambar2 ni sambil mendoakan agar Daim Muslim menjadi anak yang soleh ya.
Official photographer: Gambolawo Photography
Harini habis majlis, esoknya dah siap bagi pen drive yang telah shoot + burn + edit....pantas!
Pelamin & buaian berendoi: Ez's Bridal & Wedding Planner..
Btw konsep dan idea ni saya yang pilih dan diaorg realisasikan apa yang saya nak...sampaikan masa diaorg pasang pelamin dan buaian berendoi ni, memang saya banyak komen itu ini...hihi...alhamdulillah...menjadi diaorg buat apa yang saya nak..
Khemah Arabic dan meja kerusi lengkap sarung dan scallop pun saya tempah melalui Ez's Bridal & Wedding Planner juga. Warna scallop pun saya tentukan juga.
Kambing golek station: Mak Jah Katering
Memang dari dulu kalau rumah saya buat makan2 kambing golek, saya lebih selesa dengan Mak Jah Katering. Sedap dan power kambing goleknya. Masa gambar ni diambil, ni kambing ke-2 dah. Kambing pertama ngam2 habis sebelum maghrib.
Putu bambu station pun ada juga. Fuhhh panas2 makan putu bambu, memang enak!
Majlis Akikahnya adalah lepas maghrib. Kebetulan lepas maghrib adalah waktu Daim tidur, so bertahnik sambil tidur lah Daim ya. Oh ya kalini tak ada cukur jambul. Buat yang sunat je. Lagipun Daim dah cukur habis rambutnya lepas dia tanggal pusat dulu.
Sedang elok orang sedang selawat dan marhaban, Daim pun bangun...
Memang tak menangis langsung sepanjang majlis.
Alololo, comeynya anak ibu ni...
Baju ibu tempah online je...FB: Mysara
Baju Aleesya pun tempah online juga...FB: Mysara
Lengkap kami sekeluarga...
Baju saya dari Osra Exclusive
Baju Daim dari Luqman Collections
Baju ayah damia dari BajuRayaLelaki2016
Semua tu saya beli kat IG...search je keyword tu, terus jumpa.
Masa selawat dan marhaban, semua jemaah cium dahi Daim Muslim...
Dua hero dalam keluarga kami.
Satu hero besar, satu hero kecik...;-)
3 generasi..
Terima kasih mak dan saudara dari Kelantan yang sudi datang memeriahkan majlis ini.
Bingkisan doa dari para tetamu untuk Daim Muslim..
Ingat Daim Muslim, ramai yang doakan kamu jadi anak soleh tuh!
Aaamin..
Sedikit cenderahati untuk para tetamu..
Pulut kuning, rendang daging dan juga naskah yassin.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mejayakan majlis ini. Terima kasih kepada kawan-kawan, rakan2 usahawan, jiran-jiran, kenalan agensi2, kenalan FB/IG, ibu bapa & pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi, dan lain2. Maaf kalau ada yang tak terjemput ya. Insyallah next time kita jumpa lagi..
Terima kasih Allah kerana dengan IzinMU, majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..
Aaamin Aaaamin...