Untuk meraikan Anniversarry kami pada khamis lepas, saya dan ayah damia telah memilih G Tower Hotel untuk kami bermalam dan bercuti. Sebenarnya kalau diberi pilihan hotel yang lain, kami tak nak bercuti di hotel ini memandangkan hotel ini "not kid friendly" dan sesuai untuk business traveller sahaja.
Namun disebabkan malam tu kami ada event bersama KFC Malaysia dan juga Scha & Awal di rooftop hotel tersebut, so senangkan cerita kami bermalam je lah di hotel tersebut walaupun harganya boleh tahan mahal. Rasa rugi juga sebab bayaran hotel tersebut semalaman dah boleh tidur di hotel yang ada private pool tau. Tapi untuk kesenangan sebab event tu malam, kot2 both Damias mengantuk atau boring kat event tu, bolehlah saya hantar mereka ke bilik terus kan.
G Tower hotel ni terletak di betul2 tengah bandar hotel. Lobby hotel adalah berada di tingkat 13 dan bilik-bilik pula berada di tingkat 13-15. Selebihnya adalah office dan juga organisasi. Kalau kat area bawah sekali tu, memang ramailah yang buat discussion dan sembang business barangkali di Bread Cafe. Ternampak juga Pelakon Adi Putra berbaju melayu pink pun sedang berbincang di aras bawah sekali bersama rakan2 business agaknya.
Agaknya tahu orang business ni penat dan keletihan, kita boleh request bantal ikut keselesaan kita dan saiz apa yang kita nak. Bantal yang disediakan dalam bilik kami ada saiz XL dan L rasanya. Fuhh memang selesa lah tidur kan.
Telefon yang disediakan pun lebih untuk business. Tapi ayah damia guna untuk call minta password wi-fi je. Haha. Username memang ikut no bilik. Cuma password je sekuriti lebih. Tapi yang bestnya wi-fi tu hanya untuk kegunaan guest dalam bilik tu sahaja. Memang laju giler ah kan. Semua gadget yang kami bawa updatekan. Termasuklah IPAD both Damias. Haha. Rezeki namanya tuh.
Hurmmm...biasalah... nama pun businessman..
Semua nak kena check dan pantau kan.
Pengalaman pertama saya ni pabila dapat tahu yang kanak-kanak tak boleh buffet breakfast di coffee house atau sewaktu dengannya. Walaupun kita bayar lebih sama macam harga dewasa. Mujurlah mereka ada alternatif iaitu boleh breakfast di dalam bilik dan order menu melalui borang yang diletakkan atas meja kita siap2.
Teddy bear both Damias pun ikut bercuti juga.
Merata dah Teddy Bear ni berjalan..;-}
Ni masa kami tunggu ayah damia sedang register check-in kat tingkat 13. Kami santai2 di aras bawah sekali.
Sumber: Google
Lebih kurang macam gambar di atas lah bilik kami. Cuma sofa warna oren tu jer berbeza dan alas katil merah tu tiada. Tapi memang luas giler ah bilik.
Taraa...ni gambar actual bilik kami.
Sebelah tu ada bilik khas untuk wardrobe room.
Sebelah wardrobe room pula bathroom.
Ni anak-anak paling teruja!
Sambil mandi atau buang air, boleh lagi menonton TV.
Memang lama lah masing2 dalam bathroom kan.
Wardrobe room yang kecil tapi convenience.
Toiletries pun wangi macam ada mint gitu.
Berangin je time kita guna.
Tu dia... bakal businesswoman cemerlang untuk tahun2 akan datang.
Dah start practice kira order CocoDamia tu...;-)
11th Anniversarry kami 4 beranak.
Lepas asar, kami sekeluarga bermain air di Infinity pool pula.
Seperti yang saya maklumkan awal-awal, hotel ni " not kid friendly".
So, memang tak ada budak2 lain selain both Damias je.
Yang ramainya tengah surfing internet dan discuss di poolside bersama teman masing2.
Habis control suara kami kot2 menganggu guest yang berada di poolside kan.
Tapi dah nama main air, sekali sekala terkeluar juga suara yang besar itu.
Ada tempat jacuzzi juga.
Seronok lah kami sebab pool ini kami yang punya.. hihi..
Selain itu, apa lagi.. masing2 nak tunjuk kehebatan berenang dan ketahanan boleh buka mata dalam air lah.
Mujur air tak masin dan tak bau clorin.
Ayyunie pun nak buka mata dalam air juga.
Aleesya dah terror sikit berenang dan lama juga tahan buka mata dalam air.
Ayyunie masih takut2 lagi.
Mujur hari yang kami main dalam pool tu, jerebu tak kuat sangat.
Kalau tak runsing juga anak2 batuk kan.
Main air berlatar belakangkan bangunan2 tinggi di KL.
Sebelah hotel ni PNB Sime Darby hotel.
Nampak ramai kanak2 mandi pool kat situ.
Next time kita stay situ ya anak2.
Yeayy...finally setelah lama tak bercuti!
We are happy family.
Apesal Ayyunie senang sangat terapung. Tapi kalau berenang asyik tenggelam je haha.
Hoorey!
Aleesya dah terror tahan nafas dan buka mata dalam air.
Good job Aleesya.
Btw saya ada rekod gambar Aleesya dan ayah damia berenang dalam air, boleh tengok kat IG saya ya.
Bilik yang luas dan sekuriti yang ketat menjadikan hotel ini memang sesuai untuk business traveller. Bayangkan nak gi toilet aras paling bawah pun kena touch tangan kita kat sensor tu, baru sliding door toilet terbuka. Same goes to kalau kita nak keluar masuk area bilik hotel, kena touch kad bilik baru pintu sekuriti terbuka.
Sekian review daripada saya.
TQ.
p/s: Malamnya kami bermesra dengan KFC dan Scha Awal pula..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::