Thursday, April 30, 2015

Gambar paling champion!


Dalam ramai-ramai saya COD Coklat IQ Cocodamia harini, gambar atas paling champion.
Sebab hampir 12 tahun tak jumpa rakan sekuliah kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah saya ni. Happynya dapat jumpa dia kat Putrajaya pagi tadi. Kalau tak kerana dia waktu bekerja dan saya masih ada janji dengan ejen lain hantar stok, memang saya dah ajak dia ngeteh minum air atau makan2. Dia masih sama macam dulu. Cumanya yang beza anak dia dah 5. Murah rezeki ko Ija. Yang bongsu lahir kat UK masa dia sambung master. Baru 6 bulan balik Malaysia.


Dulu kerja bahagian tanah, lepas habis master balik Malaysia kerja di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula. Semoga ko berjaya dalam bidang yang diceburi ya. Setiap usaha ko untuk membantu masyarakat insyallah ada ganjarannya.

Ija, terima kasih ya jadi ejen CocoDamia di Putrajaya! 

p/s: Anak-anak tengah mandi dalam bathtub, ayah damia ada seminar dan saya golek2 atas katil sambil taip entry ni. Lepas asar nak bawa anak2 main pool pula.






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wordless Thursday || Vacation


Tinggalkan kerja-kerja yang menimbun dan office sementara.

Bawakan hati dan impian yang besar pergi holiday seketika.

Selamat bercuti semua. Saya dah start cuti harini :-)

P/s: Alhamdulillah. Dah sampai KL.

Tuesday, April 28, 2015

Audit mengejut dan siapa lagi nak jadi ejen?


Tak lah mengejut mana. Jam 10:30 pagi tadi call, jam 11 pagi sampai. Audit dari Jabatan Kesihatan Malaysia untuk keluarkan lesen eksport ke Brunei. Dah 2 kali masuk barang ke Brunei melalui kontena, tak ada pun audit ni. Tahun ni very strict!


CocoDamia ok je terima audit mengejut. Sebab kami buat kerja ikut SOP dan ciri-ciri keselamatan yang dipatuhi. 2 orang pegawai ni random ambil 10 sample setiap produk untuk diperiksa dan akan hantar ke LAB untuk tentukan keselamatan dan kesihatan produk.

Insyallah LULUS! Sebab sebelum ni CocoDamia dah pernah audit kan nak eksport ke Singapore dan Vietnam.


Jangan was-was dengan Produk CocoDamia. Siapa yang belum pernah cuba, cuba sekali pasti nak lagi.

Bukan harga yang jadi ukuran. Tapi NILAI dalam produk yang dijamin berkualiti dan memberi kesan yang baik. Jom siapa-siapa yang nak jadi ejen atau pengedar dialu-alukan.

Kalau yang duduk sekitar Melaka, N. Sembilan dan KL yang nak jadi ejen, free postage untuk kalian semua. Saya sendiri yang akan hantar by COD. Kebetulan khamis ni saya akan ke KL.

Sebarang order atau pertanyaan sila hubungi/sms/wechat 010-6468383. Eh tengah taip2 entry ni keluar pula whatapps ada yang dah bank in nak jadi ejen di Putrajaya. Ok. Bereh. Khamis ni saya hantar.

Percayalah, 
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa!

Monday, April 27, 2015

Restoran Terapung Pendas Laut


Lepas ambil Aleesya balik sekolah jam 6:45 petang semalam, terus ke Restoran Terapung ni untuk MERAIKAN satu tugasan yang telah selesai. Selagi tak submit, selagi tu rasa macam ada buah kelapa je dalam kepala ni. Makan minum pun dah tak on time. Kelam kelibut dibuatnya.


Jauh pun jauh lah. Pakai baju sekolah pun boleh lah. Otw ke sini, singgah di Masjid Tanjung Kupang kejap solat maghrib. Anak2 kepenatan tidur dalam kereta. Terpaksalah kami gilir2 solat. 


Jalan nak pergi ke Restoran Terapung ni sunyi. Tapi bila dah sampai bukan main meriah sekali. Mana taknya, bot lalu je, restoran ni bergoyang-goyang. Kalau air makin naik, makin tinggi restoran ni terapung. Sekali sekala terasa juga kepala ni hanyut je pening. Hihi...


Ramai Singaporean yang makan disini berdasarkan kereta2 yang diparking. Makanan pun sedap. Harga pun berbaloi standard makan seafood. Hurmmm.. Patutlah sampai penghujung Johor orang datang cari makan kan. Bersilih ganti org datang makan. Kami sampai jam 7:45 malam. Tak ramai lagi org. Dah lepas isyak, makin ramai org datang.


Ayah damia yang tanya pada Ayyunie "adik, ketam ni hidup ke mati? Kalau mati kenapa kaki ketam kena ikat?"...kiki..


Pilih-pilih mana nak makan. Oh ya lalau nak makan tengahari kat sini pun boleh ya. Btw restoran ni 1 tingkat setengah.


Melepaskan lelah ya bang. Biasalah, ayah damia dengan projek dia, saya dengan projek saya. Tu yang kelam kelibut dan penat sikit bulan April ni. Bulan Mei pun sibuk juga. Jun lagi sibuk.. Eh tiap2 bulan lah sibuk.. Hihi..


Agak lambat juga makanan kami sampai. Org ramai. So kenalah faham kan. Jadi kami order keropok goreng sebagai appetizer lah konon.


Yeayy.. Makanan dah sampai tatkala perut berkeroncong betul. Kami order siakap 3 rasa, ketam goreng telur masin (serius sedap! Recommended!), udang butter dan sup ayam. Nasi pula guna besar wangi. Fuhhh.. Berselera makan dan makanan pun sedap. Licin semua makan.

Total harga makanan RM87 termasuk 3 air tin dan 1 air panas.

Kepada yang nak makan seafood sambil menikmati pemandangan dan pengalaman restoran terapung, bolehlah ke sini. 

Nak sambung buat kerja lagi...






Saturday, April 25, 2015

Agenda wajib kalau pergi Pesta Konvo UTM


Shopping!!!!
Yeahhh, semestinya agenda shopping wajib ye..
Mana boleh tahan, depan belakang kiri kanan semuanya pakaian wanita, tudung, aksesori dan lain-lain.

Rugilah kalau tengok sahaja kan. Tapi shopping secara hemah lah kan.
Bukan ikut nafsu. Semalam settle beli baju kurung untuk raya yang nak dimatched kan dengan baju melayu ayah damia. Btw baju melayu ayah damia tu dah beli since bulan Februari lagi. Masa tu pattern tu baru keluar. Sekarang tengoknya dah makin banyak pula pattern tu. Tak pe lah, janji berbelanja secara berhemah kan.

Selain dari beli beberapa helai pakaian, saya juga tertarik nak beli tudung satin dull seperti diatas. Terpengaruh tgk dalam IG dan virals cerita Hati Perempuan gamaknya. Tapi tidaklah saya beli warna hijau seperti diatas. Kalini ayah damia yang pilihkan warna tudung untuk saya. 
Awwwww, saya rasa dia dah pilihkan saya warna paling eksklusif gitewwwww.


Dan apa lagi, agenda makan sup gear box pun wajib juga.
Nak-nak pula ayah damia dan anak-anak memang kaki makan sup.
So, apa lagi seorang semangkuk lah jawabnya order.
Alhamdulillah. Semalam sup gear box ni memang sedap.
Kadang2 kalau ikut pengalaman2 tahun lepas bila datang sini, ada juga yang tak sedap dan cair.
Yang ni just nice.
Kalau gi lagi, confirm nak makan kat sini lagi.

Eh-eh sempat ke nak gi lagi.
Saya kena siapkan kerja2 saya sebelum sampai due date dan siapkan stok2 CocoDamia sebelum masuk kontena lerrrr... tak lama dah pun...semalam pergi pun kengkonon nak release tension gitewwwwwww...


Dan untuk anak-anak, diaorg lebih suka memerhati dan keluar jalan-jalan je. Semalam Ayyunie nak juga naik kereta kuda Cinderella ni. Tapi ramai lah pulak tunggu Q. Lepas saya terangkan kepada Ayyunie yang kita kena tunggu lama nak naik ni, dia ok je. Terus minta beli Ayam Goreng uncle Bob dan makanan lain. 

Ok lah, kalau ada masa lagi, kita pergi lagi ya anak-anak. Bagi ibu bereskan dulu kerja2 ibu dan ayah ya.

p/s: Ayah damia cakap " beli online pun baju raya, datang pesta konvo pun beli baju raya, next week nak gi KL pun confirm beli lagi baju raya tu, berapa banyak baju raya laaaaaa..pakai yang sama juga abang tengok..". hahahahaha....maaf bang...Hati Perempuan memang begitu...;-)

p/s: Currently Team CocoDamia berada di Pasir Gudang untuk Majlis Pelancaran Inisiatif akses Barangan 1 Malaysia Kedai Tukar dan Johor Mart yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor sekejap lagi.

Thursday, April 23, 2015

Pelik erkkk pandangan orang ni..

Semalam ada 3 orang cakap saya makin berisi dan kembang.

Harini setakat jam 1:55 tgh, ada 4 orang pula cakap saya makin kurus.

Pelik erkkkk.

Arghhhh.. Ini semua dunia..

Janji saya tutup dengan ikhlas mana yang sepatutnya tutup.

Lagipun saya percaya kadang2 faktor pemakaian juga memainkan peranan untuk kita nampak kurus atau berisi kan. Nak-nak kalau kita pakai baju longgar dan jubah besar. Confirm nampak gemuk kan.

Yang penting bukan pada penilaian mata kasar manusia, tapi pada nilaian mata Allah. Tiada yang pernah jadi sempurna, melainkan kita berusaha untuk sempurna.


Otw nak pergi present dan betulkan mana yang boleh utk RP RBC saya dan ayah damia. Semoga Allah permudahkan segalanya dan perjalanan hidup kita semua.

Wednesday, April 22, 2015

Sehelai sepunggung meeting ke KL dan MC pertama Aleesya

Semalam sebelum hantar anak-anak ke sekolah, saya hantar ayah damia ke Senai Airport dahulu. Sebab boarding pass jam 12:10 tengahari maka jam 11 pagi dah keluar dari rumah, tapi sempat juga singgah 1 kedai muslim shop restok Coklat IQ, CocoDamia, dan terus menuju ke aiport.

Tak jauh dari rumah kan. Tu yang boleh singgah sana singgah sini. Lagipun ayah damia dah check in via online awal-awal.


Sampai jam 11:30 pagi di airport. Terus ayah damia ke kaunter check-in untuk pengesahan pintu gate yang ke berapa. Memang lenggang kangkung betul ayah damia. Berbekalkan sebuah laptop dan duit dalam poket sahaja pergi meeting. Lagipun balik hari kan. No need to messy-messy bawa itu ini.


Anak-anak juga sempat paw ayah diaorg minta belikan itu ini sebelum ayahnya berlepas dan sebelum mereka ke sekolah.


Semalam ayah damia ke KL atas sebab ada meeting eksport bersama FAMA. Ayyunie siap cakap lagi "caiyok caiyok ayah".. Dan Ayyunie pun hairan juga kenapa ayah pergi KL tak bawa beg baju pun. Bila saya cakap, malam nanti ayah balik JB, barulah dia faham.


Dan ada satu berita tak best berlaku semalam. Masa saya lepas ambil Ayyunie balik sekolah dari tadikanya, tiba-tiba ayah damia call dari bilik meeting, mengatakan bahawa cikgu Aleesya call suruh ambil Aleesya sebab demam disekolah. Allah.. Runsing saya dan Ayyunie memikirkan Aleesya. Cepat2 kami ke sekolahnya untuk ambil Aleesya bawa balik. 

Sampai2 sahaja disekolah, Aleesya terus menitiskan airmatanya bila nampak saya. Kawan2 cinanya pun sangat caring dengannya. 

Masuk2 sahaja kereta Aleesya pula dah start muntah. Mujur ada Ayyunie yang tolong jaga kakaknya. Saya pun hairan cam mana Aleesya boleh demam. Walhal pagitu elok je. Takkan demam rindu kat ayahnya kot.


Lepas dah bayar untuk ubat dan konsultansi, Aleesya dapat surat MC pula dari Doktor. Tapi Aleesya pagi ni dah sihat sikit dan dia nekad nak ke sekolah harini. Sebab harini dia masuk pertandingan membaca Poem di sekolahnya. Dah sebulan Aleesya praktis bersungguh-sungguh. Kesian pula kalau dia tak pergi. Semoga Aleesya present dengan penuh yakin dan bersemangat.


Malam tadi, lepas habis kelas saya mengajar, terus saya ke Senai Airport lagi untuk ambil ayah damia pula. Ngam-ngam saya sampai tempat parking ambil penumpang, ayah damia pun keluar dari airport. Maka happylah Aleesya yang demam dapat berjumpa dengan ayahnya.


Masalah utama kalau naik flight adalah susah nak bergerak dalam sesuatu kawasan bandar kan. So ayah damia sampai je arriving hall, dah ada ejen kereta sewa yang tunggu ayah damia nak bagi kunci kereta. Ayah damia tempah melalui online dan ada whatapps juga untuk kesahihan. Senang gitu kan. Barulah dapat bergerak dari KLIA2 ke Selayang. Nak singgah mana2 pun senang. Harga sewa adalah mengikut kadar harian. Berbanding naik teksi ke Selayang, RM150 hokeyy untuk one way. Memang parah! 

Walau bagaimanapun, ayah damia lebih selesa drive sendiri dari JB-KL-JB. Jimat banyak masa katanya. Naik fligh ni penat menunggu je. Tapi semalam terpaksa juga naik flight sebab pagi semalam sepatutnya ada audit dari Jabatan Pertanian. Sehari sebelumnya cancel pula. Tu ingat tak sempat nak drive kalau ada audit. Tapi apa-apa pun, semuanya dah selesai dan berakhir.

Semoga Allah memberkati usaha kami untuk perniagaan-perniagaa kami.

P/S: Sobs! Tengah kalut dengan RP RBC ni. Sampaikan mood memasak pun hilang jauh kemana. 



Tuesday, April 21, 2015

Tudung Fareeda untuk anak-anak..


Yeayyy!

Akhirnya tudung2 Fareeda saya jadi hak milik anak-anak. Tak adalah tergantung rapi je dalam almari kan.

Adalah tinggal 5-6 helai lagi tudung Fareeda koleksi saya setelah kebanyakannya saya prelovedkan dan jual murah-murah.

Ngam2 labuh utk both Damias tudung2 fareeda ni. Kalau diaorg pakai Fareeda Kids, memang agak senteng dengan ketinggian mereka.

Ayyunie siap cakap masa balik ngaji "ibu, ibu ustazah tanya ibu beli kat mana tudung ni?"... Hihi..dah 3-4 tahun lepas pattern2 ni. 

Ayyunie cakap juga "bila nak tinggi  ni, nanti boleh adik dan kakak pakai baju2 ibu pula"..

How time flies kan...


Monday, April 20, 2015

Misi mencari tanah di sekitar JB

Semalam seharian ke hulu ke hilir demi mencari tanah luar bandar yang terdapat di JB. Tapi baru saya tau rata-rata mukim dan kampung di JB ni dah bukan taraf luar bandar. Kebanyakannya dibawah PBT. 


Mula2 ke Pejabat Daerah JB bagi memastikan lot-lot tanah serta statusnya. Sorry En Nafis ganggu waktu lunch. Mujur En Nafis kenal CocoDamia..:-)

Lepas tu terus ke Jab. Pertanian pula untuk mengambil data dan statistik yang diperlukan. Alaaa.. Org semua keluar lunch. Ada seorang je pembantu tadbir yang entertaint kami. Pegawai yang selalu berurusan dengan kami pun keluar. Ok next...


Kami ke KKLW cawangan Johor. Haha.. Mula2 sampai org ingat kami ni kontraktor. Siap tanya lesen apa lagi? Kiki..


Berdasarkan maklumat yang kami dapat, terus kami melawat tapak. Sampai ke Pendas dah kami ni. Dulu2 kami pernah sampai Restoran Terapung Pendas ni untuk makan Seafood. Masih tak berubah.


Misi mencari tanah yang sesuai.


Huhu... Walaupun tanah kampung, tapi harganya boleh cecah juta2 tau seekar. Sungguh.. Sebab tak lama lagi kan nak adakan pembangunan Forest City disini. Ni peluang baik!


Ayah damia siap bertanya-tanya dan berbual2 kejap dengan penduduk kampung bertanyakan tanah yang nak dijual.


Pilih-pilih nak yg mana. First layer juta2 lah harga.


Kalau 2nd layer murah sikit. Dalam RM30-RM35 kaki persegi.


Dah berkenan sungguh saya kat tanah ni.


Siap turun amik gambar lagi kat area tanah yang saya berkenan ni. Tapi tapi tapi.. owner tak nak jual pulak. Hanya bagi sewa atau pajak sahaja.


Semalam tetiba rajin lah pula nak study pasal unit-unit utk keluasan tanah. Padahal masa saha degree dulu ambil course tanah pun. Sebab tu ada coursemate saya jadi ADO Pejabat Daerah Kulai, senior saya jadi ADO Pej Daerah JB, dan lain2 yang related dengan developer serta JUPEM. Kalau dulu2 org tanya saya nak jadi apa (masa masuk UTM), saya jawab nak jadi DO. Hihi... Eh ada ke perempuan jadi DO?

Lepas tu kami singgah disebuah gerai untuk bertanyakan pakcik2 dan makcik2 kat situ kot2 tahu pasal tanah yang nak dijual. Semua rata2 kata sekarang ada isu pulak nak jual tanah. Isu apa?


Isu ni lah! Pasal Forest City tu pulak. Ni projek Sultan Johor ni. Haritu saya ada nampak kat TV3 sempena Kemahkotaan Sultan Johor. Aduh! Cam mana nak beli ni? Tapi tak mustahil tanah area2 sini akan mencecah juta-juta-juta ringgit 3-5 tahun akan datang. Sekarang pun dah 1 juta.


Jam 5:30 petang, baru nak lunch. Kesian Ayyunie yang kelaparan dan kepenatan yang ikut kami ke hulu hilir. Mujur dia baik je. Eh anak2 saya memang behave dan baik kan.

Insyallah. Kalau ada rezeki saya beli tanah, adalah tu. Kun fa ya kun. Percaya dengan Rezeki Allah. Sesungguhnya Allah jua yang tahu apa yang terbaik untuk seseorang insan itu.

Habis cerita pengalaman saya mencari tanah. 











Rindu kami tak akan putus...


Mana ada insan muslim yang ada iman dihatinya, tidak merasa rindu pada kaabah.

Kadang kala, muncul jua sebak didada.

Tergiang-giang panggilan solat di Kota Suci Mekah ini,

Walaupun subuh, tapi sesaknya Subhanallah..


Pemandangan waktu Subuh di Masjidil Haram..

Berlumba-lumba manusia beribadat.

Sekali sekala rindu  bertandang jua...

Semoga rindu kami tak akan putus..

Dan sampai lagi ke sini..

Salam 1 Rejab..









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, April 18, 2015

3 hari 2 malam di Le Grandeur Palm Resort


Berakhir sudah bengkel pemurniaan Rancangan Perniagaan RBC anjuran MARA yang diadakan di Le Grandeur Palm Resort, Senai selama 3 hari. 

Memang tak cukup 3 hari sebenarnya. Setiap detik masa adalah emas kepada para peserta. Kalau tahun lepas saya dijemput under KEJORA, tahun ni saya dijemput oleh MARA pula. 


Peserta-peserta yang tak sabar nak balik sebenarnya. Walaupun nampak muka happy dan ceria, namun saya tahu masing2 dalam otak berselirat memikirkan RP yang masih belum siap. 


Hanya 4 orang sahaja wanita sebagai peserta.  Kak Fiza yang hujung tu masuk dalam kategori idea perniagaan which means businessnya masih tak sampai 3 tahun, yang tengah 2 orang tu pula business masih baru iaitu sambal dalam botol dan bakery, dan saya yang hujung sekali.


Bersama Puan Haslina dari PUSMA MARA bertindak sebagai pegawai yang menjaga usahawan2 MARA Johor. Puan Haslina lah yang datang audit lawatan tapak masa CocoDamia terpilih ke stage 4 oleh KKLW tahun lepas. 


Bilik memang untuk tidur semata-mata. Banyak masa dihabiskan dalam ballroom untuk memperbaiki dan memurnikan lagi RP masing2.


Bilik saya mengadap padang golf.


Bilik air selesa sangat dan luas. Tapi sekali lagi bathtub tu for display only. Tak sempat nak guna semua fasiliti dalam bilik.


Sejuk sangat bilik ni. Tido malam siap stokin bagai. Walaupun dah set "low", tapi masih sejuk jugak.


Kalau ada kursus atau bengkel anjuran agensi, confirm makan 6 kali sehari kan. Yang makan tadi tak cerna habis lagi, dah kena makan lagi dan lagi.


Tapi ya lah, masing2 makan pun sikit je. Ni bukan datang holiday, ni datang memikul amanah business masing2 untuk lebih berkembang dan berjaya lagi. 


Setiap malam, makan hidang di chinese restaurant. Lepas tu cepat2 masuk ballroom lagi.


Malam pertama tu masakannya agak sukar diterima oleh tekak-tekak kami org melayu ni. Ntah rasanya lain dengan makanan cina yang biasa kami makan kot.


Malam kedua agak better rasanya. Semua makanan dah ada rasa dan pedas-pedas sedikit.


Kenangan yang pasti akan meninggalkan memori untuk kami masa akan datang. Lelaki yang kat depan tu lah cikgu kami. Yang banyak mengajar kami itu dan ini. Sporting dan selamba habis cikgu ni. So tak lah stress sangat kami buat RP yang betul2 memenuhi visi, misi dan objektif masing2 kan. Dan ada juga mentor2 yang dah menang 1.5juta, 700K dan 300K datang bersama2 sharing pengalaman masing2. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi. Lagipun, kalau dah usahawan, pusing2 akan jumpa usahawan yang sama juga.

P/s: Roomate saya masa di hotel ni sama dengan roomate saya masa kursus di Niosh tahun lepas. So memang best lah dapat member kamcing sebilik kan. Awal2 dia dah whatapps saya untuk sebilik..:-)