Wednesday, October 31, 2012

Shopping setem idaman!!!





Wink wink finally dapat juga koleksi setem yg hangat di pasaran.. Setelah berkali2 tanya di pejabat pos sana sini.

Tiba2 jer kakak yang jaga kaunter pejabat pos taman U tadi tanya " setem Prince William dan Kate tak nak ke"??? Wahhh cepat2 saya cakap nakkkkkk.. 1 set RM 15, masih banyak lagi tu stock.. Sapa nak cepat2 lah pergi beli ye!!!

Ok lah sambil2 tunggu anak balik sekolah updated blog dalam kete.. Mode busy teramat sebab esok kena deliver baju utk budak2 sekolah Convent buat konsert akhir tahun. Next week utk budak2 tadika pula.. Alhamdulillah rezeki...

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

First time seumur hidup re "deco" kek yang telah siap dibeli..

 Ni lah akibatnya kalau buat semua last minute..
Bayangkan memula tak nak celebrated kat sekolah Aleesya, sebab takut ganggu Aleesya nak exam..
Kebetulan pulak haritu Aleesya kena amik 3 paper exam sebab nak cover cuti hantar nenek gi Haji dan ke Perak tu...
Pastu fikir2 kesian pulak kalau tak buat kat sekolah dia, sebab Aleesya beria-ia benar nak celebrate kat sekolah...
Akhirnya malam sebelum esok nak sambut birthday tu, barulah ke Jusco beli kek dan goodies bagai..



Dalam banyak2 kek, kek ini jugak Aleesya nak beli..
Walhal ibu berkenan yang chocolate tu..
Oh ya, beli kek kat La Bahome tu...tapi keknya dari SDS lah..


Ibu memang tak berkenan sebab nampak kosong sangat pulak..
Tapi si Birthday Girl yang nak sangat, layan jer lah..
Lagi pun birthday dia kan..lainlah kalau birthday ibunya sendiri (tak lama dah pun>.:)

Last2 datang idea nak deco2 sikit kek tu supaya tak nampak kosong keesokkan paginya..
Buka2 drawer kat dapur jumpa coklat rice warna warni..
Buka2 peti jumpa buah anggur..
Buka2 pintu kabinet jumpa lilin besar gedabak tu..
Dan apa lagi, tup tap tup tap...siap!!!!


Dan inilah rupanya kek tu..
Nampak sikit warna warni..
Budak2 sekolah Aleesya pun teruja sikit tgk warna warni kan..hihi
Tak lah nampak kosong sangat..

p/s: Sebenarnya kalau nak ikut perancangan asal, nak tempah kek piano utk Aleesya...dah design dah piano cam mana...tapi sebab kekangan masa punya pasal...beli jer lah senang...hehe..
Apa2 pun impian Aleesya nak sambut birthday kat sekolah dengan kawan2nya telah tercapai..aminn..

p/s: Phewww...seumur hidup first time re"deco" semula kek ni..dah lah harga pun boleh tahan..






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, October 30, 2012

Carragena Trifle || Kenyal dan lembut

 Hari Raya Aidiladha lepas..
Balik dari masjid, lepas makan2 menu utama..
Terus decided nak buat Carragena Trifle ni..

Ni bukan pertama kali buat, dah banyak kali jugak buat..
Cuma kadang2 buat tu tak sempat pulak nak snap2..


Beginilah rupa bentuk Carragena Trifle saya..
Kenapa nama Carragena??
Sebab saya tak guna tepung custard..
So saya gantikan dengan serbuk Carragena..


Serbuk Carragena ni membuatkan puding kita lebih kenyal tetapi lembut sesangat..
Umpama makan puding yang jual kat pasaraya2 tu..


Lagi satu saya tak suka guna kek swiss roll..
Saya suka guna moist chocolate cake utk dijadikan lapisan bawah..
Selalunya saya potong dadu2 kek tu supaya nampak lebih kreatif...haha..kreatif lah sangat!!


Ni yang dalam bekas kaca..
Sebaik2nya buat trifle ni guna bekas berkaca supaya senang nampak layernya..


Selalu kalau saya makan trifle yang orang lain buat, lapisan tengah tu agak2 lembik kan..
Pastu macam melekat2 kat sudu..sebab rata2 memang guna tepung kastard..
Ni saya guna carragena, memang KENYAL dan LEMBUT..
Dan yang pasti tak muak sangat..
Tu saya buat uji kaji dengan tangan lagi supaya nampak betapa kenyalnya Carragena saya ni..hihi

So selamat mencuba..
Resepi???
Sama jer macam puding Trifle lain...
Yang bezanya tepung kastard saya gantikan dengan serbuk carragena dan letak perasa mango sanquick..
Pastu kek layer tu saya guna kek kukus coklat..
Gigih tau order kek kukus dengan my student...hihi
Selamat mencuba..!!!!




p/s: Rupan2ya ada kesilapan teknikal tadi lappy kat rumah...kat office boleh pulak bukak blogger dashbord guna lappy..:))





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Blog kena block ke??

Tak tahu kenapa..
Dari malam tadi nak buat entry via lappy, dashboard langsung tak boleh buka..
Pagi tadi pun kosong je blogger dashboard.. Kena block kah??

Ada sesiapa tahu??


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Monday, October 29, 2012

Lagi lagi makan disini || Stone sizzling

Cerita ahad semalam..
Misi keluar cari makan lepas puas masak2 kat rumah.. Dari juadah biasa ke juadah raya, dari goreng keropok sahaja ke buat dessert pula.. So semalam makan kat luar minta cuti masak2 ngan ayah damia..:)




Tempat makan pilihan Stone Sizzling.. Tempat ni best sebab selain dari makan, anak2 boleh belajar masak juga.. Hihi




First time dapat makan kat tingkat atas.. Mungkin sebab kami lunch awal kot, bahagian bawah dah penuh, so naik atas




Aleesya yang memang suka makan kat sini..




Ibu amik set yang ini.. Ada udang ada ayam...




Feveret ayah damia, RM8.90, tapi umpama boleh makan 3 org tau.. Dah lah tom yam dia kaw kaw..




Ibu dan anak..:)




Appetizer utk both damias dulu




Ayyuniw share2 dgn kakak punya




Pas dah habis appetizer, order chicken chop pula.. Ni yg diaorg suka main masak2 kat sini...




Ayyunie pun sama.. Nasib baik makan dan main sama banyak masuknya..




Nak turun bayar sudaaa




Aleesy kat kolam sebelum balik..
P/s: alhamdulillah rezeki nikmat ALLAH bagi.. Pas balik kami shopping groceries kat AEON tu jugak, pastu gi beli perabot, pastu gi giant pulak, pastu gi beli wallpaper utk bilik bacaan dan solat, dan akhir sekali gi pasar beli lauk.. Tup tap tup tap, 7 malam baru sampai rumah dari jam 11 pagi keluar.
P/s: Cuti yg penuh dgn deco2 bilik tetamu dan bilik solat dan bacaan..
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Panggilan yang dinanti-nanti


Sabtu malam ahad lepas, sedang saya menyiapkan makan malam di dapur, tiba tiba ayah damia hulurkan hp saya dan bagitau ada no phone oversea call saya. Angkat jer telefon, terus dengar suara mak. 
"Assalaamualaikum, ayu mak kat Mina ni"..

Ya Allah macam nak melompat rasanya pabila mak call dari Mina. Nak tahu sebab apa?? Sebab kebetulan ptg tu saya ada upload gambar dgn mak kat Instagram. Saya tulis rindu mak. Sekali malam tu mak call pulak. Memang sebak sangat sangat!!!

Saya memang nantika panggilan pertama mak di Mekkah sana sebab tak tahu no phone sana kan..psni insyallah, saya sendiri pula yang akan call mak.
Semoga mak pulang dengan selamat dan dapat haji Mabrur...aminn.

Oh ya...mak juga selamat buat ibadah Qurban disana...kos lebih kurang RM450..Aminn


Gambar yang saya upload kat Instagram..


Naluri seorang ibu BENAR kan..

p/s: Tapi mak batuk2 jugak kat sana tu...mudah-mudahan itu hanya sementara sahaja..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Semoga mak dapat haji yang mabrur || 9 Zulhijah disunatkan berpuasa






Esok 9 Zulhijjah.


Disunatkan kepada kita yang tidak mengerjakan Haji agar berpuasa sunat dan yang pasti kelebihannya sangat2 besar..





Antara kelebihannya:


Diampuni dosa setahun lepas dan setahun yang akan datang...





Antara kelebihan-kelebihan yang lain..


Boleh tengok melalui link dibawah..





http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=705

















Bergambar bersama mak di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya khamis lepas..


Ni kali ke2 mak mengerjakan Haji..Insyallah..











Semoga mak selamat pergi dan pulang..


Semoga mak sihat sentiasa sebab mak dah tua, 72 tahun..


Dan semoga mak dapat haji yang Mabrur...aminnn











Boleh hantar mak sampai sini jer..


Dah tak boleh hantar mak di KLIA lagi..


Sebab bas jemah haji terus berhenti di pintu kapal terbang katanya..





Semoga AIDILADHA tahun ini memberi seribu makna pada kita semua.aminn












 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Friday, October 26, 2012

Aleesya pun pandai pakai inner dan shawl macam ibu..:))

Salam Idul Adha 1433 H daripada kami sekeluarga...
Semoga Ibadah Qurban kita semakin dekat menuju ke jalan Allah.. aminn




Aleesya dan Ayyunie yg semangat bangun pagi nak ikut ibu ayah ke masjid.. opsss Aleesya pun dah berjangkit nak pakai inner dan shawl macam ibu .. hihi





Hidangan sederhana kami lepas balik masjid, rendang daging. kuah kacang, gulai ikan aya, sate, nasi impit dan makanan ringan lain2...

p/s: Misi utama hari ni, kemas bilik tetamu!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 25, 2012

Bukit Merah Laketown Resort || Terujanya naik "KERUSI TERGANTUNG"


Ada apa di Bukit Merah Laketown ni??
Macam2 aktiviti ada..
Mula2 masuk dalam resort, kami semua dah teruja..
Terutama both Damias, nampak itu teruja tunjuk itu, nampak ini teruja tunjuk ini..

Btw kami tak sempat pun nak mencuba semua permainan dan aktiviti yang terdapat dalam Bukit Merah Laketown ni...agaknya kalau nak cuba main semua permainan yang ada, 4 hari 3 malam kot baru habis..hihi

Kebetulan kami check in pun dah lambat...jam 6:30 petang baru check in...
So decided malam tu just rehatkan badan dan minda selapas seharian meeting di Kuala Kangsar..
Both Damias pun memang tido awal malam tu sebab excited cakap bangun pagi2 esok terus gi main2..



Kami, di depan bilik hotel..
Seawal 8 pagi dah keluar sebab excited nak cuba permainan2 yang ada..
Yang pasti kami takkan main water theme park sebab memang tahu takkan sempat punya dengan waktu check out jam 12 tengahari nanti..


Menapak dari bilik hotel ke Cafe utk sarapan..
Lebih kurang 5 minit gak berjalan..
Tapi best sebab pemnadangan tak habis nak pandang..:)


Sarapan buffet..ada pilihan nasi lemak, kuew tiao goreng, mee kari, bubur, roti2 dan macam2 lagi lah..


Tak pukul 9 lagi dah habis breakfast...
Nak gi beli tiket2 permainan...sekali tgk kaunter belum bukak laaaa..
Alahai...kul 9 pagi baru bukak...
So posing2 dulu..


Posing manja dari kami..:)
Lepas kaunter dah buka, kami pun bergerak ke kaunter tiket..
Tips nak dapat tiket murah, ambillah pakej combo..
Kami tak boleh ambil pakej combo sebab rata2 permainan semua bukak jam 10 pagi..
So kami hanya ada 2 jam sebelum check out kul 12 tengahari..
See, betapa ruginya masa disitu kan..
Jadi kami hanya beli tiket ala-carte sahaja..
Sebab takut tak sempat nak main kalau beli tiket pakej combo..
Kami beli tiket "Chairlift" dan " Ecopark"


Sementara tunggu kaunter "Chairlift" buka, kami ambil kesempatan round2 sekeliling dulu..
Wahhh ramai betul rombongan dari sekolah2 masa ni..
Agaknya lepas UPSR dan PMR kot..
Ni di hadapan pintu masuk water theme park..


Yeayy...dah boleh naik "Kerusi tergantung" atau "chairlift" sudaa..
Tempat nak naik Chairlift ni kat belakang2 dan agak tersorok..


Taraaa...ni lah kerusi tergantung tu..
Saya mula2 agak runsing juga both Damias nak naik chairlift ni..
Sekali diaorg yang lebih excited daripada saya...wahhh..
Nampak sangat saya ni ada darah gumuruh tempat tinggi..
Suami dan anak2 relax jer..
Tapi palangnya tak berapa secure tau..
Sebab palang tu hanya tutup berdasarkan magnet sahaja..
Yang bestnya tu nak naik chairlift ni kena cepat2 sebab kerusi ni takkan berhenti walaupun masa kita nak naik..utk kanak2 don't worry sebab akan ada org yang bantu dukung mereka dan cepat2 letak atas kerusi tergantung ni..


Taraaaa...saya tak gayat lah..siap senyum2 lagi tu..
Btw tak tinggi sangat pun kerusi tergantung ni..
Perasaan jer takut sebenarnya..
Btw DSLR dengan ayah damia...so gambar2 saya jer lah banyak naik chairlift ni..
Saya snap2 gambar Ayyunie ngan ayah damia guna Iphone jer..hehe..ok gak kan..
Panjang juga perjalanan kerusi tergantung ni...
Dari hujung sini sampai ke Ecopark hujung sana..
Puas hati naik...anak2 suka, kami ibu ayah pun wajib lah seronok juga kan..:)

Ok lah, nanti sambung lagi..

p/s: Ketinggian kanak2 utk naik Chairlift ni adalah 90cm ke atas...kalau tak memang tak boleh naik..





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, October 24, 2012

How Do I look?? Do I look Weird???


Sumpah!!!
Tak pernah pun pakai tudung macam ni..
Kalau pakai shawl tu memang pernah lah dulu2..
Tapi yang pakai inner melekap kat dahi tu memang tak pernah seumur hidup..

Selalu kalau tgk org pakai, nampak cantik..
Nampak happy go lucky dan ceria...
Tapi tak confident sendiri nak pakai sebab takut muka nampak tembam atau gumukkkss..

Dan masa kat Kuala Kangsar sambil2 tunggu ayah damia solat jumaat, termasuklah satu butik jual2 tudung ni..nampak shawl ni sangat cantik dan berkenan nak beli...pastu saja2 jer try inner melekap tu...sekali akak yang jual tu cakap
"Eh, cantik adik pakai tudung ni...sesuai sangat..sebab ada org memang tak sesuai pakai tudung cam ni"

Tapi saya tak percaya sangat sebab tahu org menjual ni memang itulah taktiknya puji customer kan..hihi
Yang bestnya akak tu suruh cuba semua inner melekap tu supaya saya puas hati..
Pastu saya pun beli lah...walaupun hati was was nak pakai ke tak inner ngan shawl ni..
Lagipun masa tu kat Perak, tak ada org kenal saya pun kan..:)

Masa dalam bilik hotel kat Bukit Merah, saya saja cuba2 try pakai depan ayah damia..
Sekali nak tahu apa ayah damia cakap??
"Macam muda remaja pakai tudung ni!!!"
Wahhh saya yang hampir separuh pengsan terus kembang kuncup kembang kuncup hidung yang mancung ni..haha..ya lah suami saya ni jenis susah nak puji org, terutama isterinya..kalau puji masakan isterinya dah biasa...hihi...dan keesokkan harinya saya pun memberanikan diri pakai tudung style begini di B. Merah Laketown tu..

And you know what, masa tgh leisure2 kat Bukit Merah tu, ayah damia curi2 snap gambar saya..
Dan salah satu hasilnya seperti gambar di atas...
Katanya nampak lain dan muda!!! wahhhhhhhhhhhhhh


Nah lagi sekeping gambar utk tatapan anda..
Nampak muda ke??? hik hik...
Tapi rata2 yang komen kat FB saya sokong pakai shawl lagi nampak muda berbanding pakai tudung ada awning/ instant hijab..
Andailah benar kalau saya serasi pakai inner dan shawl macam ni...jimat duit saya...haha..
Yang penting tak payah ironing dah...jimat masa juga tu..

So, do I look weird??
Saya masih tak berapa confident nak pakai tudung style cam ni..kejap2 betulkan inner, kejap2 betulkan inner..sebab dah biasa sangat betulkan awning tudung kan...hihi

p/s: Kalau pergi kerja masih menggunakan tudung awning yer...cuma may be lepas ni utk leisure2 saya akan praktikkan pemakaian tudung style begini pula...jimat masa!!! Itu pun kalau saya confident lah...haha

p/s: Keyakinan diri perlu utk membuatkan kita nampak luar biasa...:)







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, October 23, 2012

Chef Astro memudahkan!!!

Wahhh kini tak payah sibuk2 nak beli buku resepi atau google menu2 kegemaran anda lagi. Sebabnya Chef Astro sangatlah memudahkan. Yang penting rajin atau malas utk mencuba!!!




















Mudahkan??? Semua panduan dah ada depan mata.. Kini guna jari pun boleh masak..:)

Selamat mencuba..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone